SHAH ALAM, 01 Julai 2019 (Isnin) - JMGSWP telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 07/2019 beserta sambutan Aidilfitri peringkat jabatan di Bilik Kuarza, tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. Bersempena majlis tersebut, pihak JMGSWP juga mengambil kesempatan untuk meraikan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) iaitu Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Zukeri bin Ab. Ghani yang akan bersara dalam masa terdekat. Pengarah dan warga JMGSWP mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa perkhidmatan beliau di JMG selama lebih 30 tahun , selamat maju jaya dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik.
MAJLIS PERPISAHAN WARGA JMGSWP
SHAH ALAM, 24 Jun 2019 - Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk meraikan En. Ahmed Safwan bin Zainal Abidin, Pembantu Geosains dari Unit Pembangunan Lombong dan Kuari, JMGSWP yang akan berpindah ke JMG Kelantan. Beliau dijangka akan melaporkan diri di negeri Cik Siti Wan Kembang yang juga adalah kampung halaman beliau pada 01 Julai 2019. Pengarah Negeri, En. Jontih Enggihon dan keseluruhan warga JMGSWP mengucapkan selamat maju jaya dan jutaan terima kasih ke atas jasa bakti yang telah beliau curahkan selama 17 tahun di Negeri Selangor.
Pada hari dan waktu yang sama, JMGSWP juga telah menerima kehadiran 11 orang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia ( 10 perempuan dan hanya seorang lelaki ) untuk menjalani Latihan Industri selama 2 bulan dengan harapan agar dapat menimba ilmu serta didedahkan kepada suasana kerja yang sebenar dalam bidang Mineral dan Geosains. Sekian, terima kasih.
MAJLIS BERBUKA PUASA JMGSWP, 12 RAMADHAN (1440H)
SHAH ALAM, Jumaat, 17 Mei 2019 - JMGSWP telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Hotel Grand Bluewave yang dihadiri oleh hampir keseluruhan warga jabatan yang disertai famili masing-masing, pelajar-pelajar latihan industri dari IPTA dan Pekerja-pekerja Sambilan Harian. Majlis yang meriah tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengarah En. Jontih Enggihon serta Timbalan Pengarah En. Nicholas Jacob. Terima kasih.
MAJLIS TAKLIMAT PEMBANGUNAN SUMBER AIR BAWAH TANAH SEBAGAI BEKALAN AIR TAMBAHAN BAGI KAWASAN BERMASALAH AIR BERSIH DI NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM, Jumaat, 17 Mei 2019 - Satu Majlis Taklimat Pembangunan Sumber Air bawah Tanah Sebagai Bekalan Air Tambahan Bagi Kawasan Bermasalah Air Bersih Di Negeri Selangor telah diadakan di Hotel Grand Bluewave. Sesi majlis dipengerusikan oleh Pengarah Negeri, Yang Berusaha En. Jontih Enggihon dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi kerajaan serta pihak berkuasa tempatan. Dengan membangunkan projek sumber air bawah tanah, ianya dilihat akan dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan bekalan air bersih di negeri Selangor seiring dengan memenuhi keperluan dalam kemajuan pembangunan mampan dan lestari.
MAJLIS PERHIMPUNAN SEMPENA BULAN RAMADHAN
SHAH ALAM, Jumaat 03 Mei 2019 - Satu majlis perhimpunan sempena tibanya bulan Ramadhan telah diadakan di bilik mesyuarat Kuarza. Pengarah Negeri Yang Berusaha En. Jontih Enggihon menyampaikan perutusan serta membincangkan isu-isu semasa dan mengambil kesempatan meraikan empat warga JMGSWP yang telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2018, iaitu En. Nicholas Jacob (Pegawai Geosains Gred C52), Puan Hasnida Zabidi (Pegawai Geosains Gred C48), En. Kamal Azlan Jusoh (Pembantu Geosains Gred C26) dan Puan Siti Rohana Khalid (Pembantu Tadbir Gred C19). Tahniah diucapkan. Majlis perhimpunan seterusnya disusuli dengan sesi tayangan montaj bergambar aktiviti-aktiviti jabatan sebelum diakhiri dengan hidangan jamuan ringan. Selamat menunaikan ibadah berpuasa dan terima kasih kepada semua yang hadir dan yang sudi membaca blog JMGSWP.