SHAH ALAM 04 September 2018 - Pihak pengurusan JMGSWP telah mengadakan Mesyuarat Pembangunan Bil. 2/2018 yang dipengerusikan oleh Pengarah, En. Jontih Enggihon bagi membincangkan perkembangan dan status semasa projek-projek jabatan yang sedang dijalankan serta perkara-pekara yang berbangkit.
Mesyuarat LK
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 08/2018 DAN TAKLIMAT KESELAMATAN
SHAH ALAM , 17 Ogos 2018 - Majlis Perhimpunan Bulanan JMGSWP telah diadakan untuk kemaskini segala maklumat terkini yang perlu disebar dan dikongsikan bersama. Pelbagai maklumat berkenaan perbelanjaan dan peraturan disampaikan oleh Pengarah, yang berusaha En. Jontih Enggihon. Pada sebelah petang pula disusuri dengan sesi taklimat oleh Pn. Nur Shuhada Jusoh, pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor yang membincangkan langkah-langkah, peraturan dan perundangan dalam aspek keselamatan pekerjaan yang melibatkan jabatan.
Majlis Perasmian dan Pentauliahan Mesin Gerudi 'Massenza' di Laman Jentera, Maeps, Serdang, Selangor
Lawatan Teknikal oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor bersama Pakar Penyelidik Jepun bgi Kajian Projek Strengthening the Safety & Security of Communities by Understanding Disaster Risk and Community-Led Disaster Risk Reduction (DRR)
Selangor, 08 Ogos 2018 - Lawatan Teknikal bagi pemilihan kawasan kajian Project Strengthening the Safety & Security of Communities by Understanding Disaster Risk and Community-Led DRR (SeDAR) bagi kluster tanah runtuh di beberapa lokasi cadangan, antara lain di Atheneaum Condominium, Bukit Antarabangsa; Batu 14 & 16 Jalan Gombak-Bentong; dan Taman Idaman, Serendah.