Pada 16 Januari 2018 , pihak pengurusan Jabatan Mineral Geosains Selangor/W. Persekutuan telah menganjurkan Bengkel Taklimat dan Perbincangan Berkaitan Ulasan Pembangunan di peringkat jabatan. Tujuan seminar ini diadakan adalah bagi memberikan penerangan berkaitan ulasan pembangunan gunatanah khususnya diperingkat OSC. Semua pegawai yang terlibat dalam menyediakan ulasan OSC telah menyertai bengkel ini. Perbincangan mengenai isu-isu berkaitan OSC juga diadakan bagi memastikan setiap ulasan yang disediakan adalah selaras dengan garis panduan dan bidang tugas JMG.
Majlis Perhimpunan Bulanan dan Suai Kenal bersama Pengarah JMGSWP
Pada 16 Januari 2018, Majlis Perhimpunan Bulanan dan Suai kenal bersama Pengarah Baru JMGSWP, En. Jontih Enggihon.
Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan 12/2017
Majlis Perhimpunan Bulanan JMGSWP Bilangan 12/2017 telah diadakan pada 14 Disember 2017 yang juga merupakan perhimpunan terakhir bagi tahun 2017 dan disusuli dengan Sesi Taklimat Pengenalan Penggunaan Peralatan Komunikasi "Radio Amatur" oleh En. Harman Alibiah dari Unit Sumber Mineral.
mesyuarat pemurnian fail meja dan LNPT serta sambutan hari keluarga jmgswp 2017
Pada 17 - 19 November 2017, JMGSWP telah mengadakan Mesyuarat Pemurnian Fail Meja dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) beserta Sambutan Hari Keluarga bertempat di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor.
Perbincangan teknikal projek ECRL fasa 2
Pada 16hb. November 2017, sesi perbincangan teknikal telah diadakan bersama ERE Consulting Group Sdn. Bhd. bagi membincangkan input geologi dalam Laporan EIA untuk Projek East Coast Rail Link (ECRL) Fasa 2 di Bilik Mesyuarat Kuarza, JMGSWP.