SHAH ALAM, 04 Oktober 2022 - Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober 2022 telah berlangsung di JMGSWP tepat pada pukul 9.00 pagi dan pada majlis kali ini Tuan Pengarah JMGSWP, Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed diperkenalkan kepada warga jabatan justeru menyampaikan ucapan dan amanat kali pertama beliau selaku Pengarah Negeri Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan.
SAMBUTAN KEDATANGAN PENGARAH BARU JMGSWP
MAJLIS SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI
SHAH ALAM, 30 September 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah mengadakan majlis perpisahan untuk meraikan Tuan Pengarah, Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh yang akan berpindah ke Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Majlis yang dianjurkan secara sederhana tetapi meriah dengan diwarnai aktiviti-aktiviti berpantun, deklamasi sajak, tayangan video montaj kenangan pengarah serta penyampaian cenderahati kepada tuan pengarah dan warga JMGSWP yang telah mengambil bahagian dalam acara sukan boling tertutup jabatan.
"Berdayung sampan ke tanah semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan."
MAJLIS ILMU - KELAS BAHASA MANDARIN
SHAH ALAM - 27 September 2022. Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan majlis ilmu iaitu kelas belajar bertutur dalam Bahasa Mandarin untuk warga jabatan. Sesi kelas diadakan di bilik Kuarza secara di dalam talian berlangsung selama dua jam telah memberi manfaat kepada warga JMGSWP dalam mempelajari penggunaan perkataan dan ayat asas yang mudah untuk berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin.
MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH JMGSWP BERSAMA SPRM
SHAH ALAM , 19 September 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/ Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat Pengarah SPRM Negeri Selangor, TPj Dato' Haji Alias bin Salim bersama rombongan sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Selangor.
Aturcara majlis dimulakan tepat pada pukul 2.30 petang dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan ucapan aluan daripada Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh. Seterusnya warga JMGSWP disajikan dengan tayangan montaj SPRM dan disusuli taklimat daripada Pengarah SPRM. Majlis telah berakhir dengan sesi lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.