PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JANUARI 2023

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JANUARI 2023

Laporan Ringkas Perhimpunan Bulan Januari 2023 JMG Terengganu Unit Sumber Mineral, JMG Terengganu telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulan Ogos 2022 JMG Terengganu pada jam 9.30 pagi, hari Khamis, 26 Januari 2023 di Bilik Kasiterit.

Perhimpunan diacarakan oleh En. Mohd Harun Muda dan dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh En. Sayuthi Rashid. Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Perkhidmatan awam dan kemudiannya En. Zamri Ismail telah mengetuai lafaz ikrar integriti penjawat awam.

Setelah itu Pengarah JMG Terengganu telah menyampaikan pesanan dari Ibu Pejabat di dalam perutusannya. Selain itu beliau turut menggalakkan penglibatan kakitangan JMG Terengganu di dalam Sukan JMG 2023.

Perhimpunan bulanan kali ini kemudiannya diteruskan dengan sesi pengenalan diri kakitangan baharu jabatan iaitu En. Muhammad Azaharudin yang melapor diri ke Unit Lombong & Kuari pada bulan Disember 2022.

Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada peserta Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) TER Air Menderu, Kemaman dan TER Chemerong, Dungun oleh Pengarah JMG Terengganu.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi penyampaian buku kepada Perpustakaan JMG Terengganu yang diserahkan kepada KUPM, Pn. Julia Kaya. Buku bertajuk “Koleksi Titah Ucapan KDYM Sultan Terengganu Sempena Istiadat Pembukaan Penggal DUN Terengganu Tahun 1959-2022” disumbangkan oleh Pengarah JMG Terengganu yang diperoleh oleh beliau semasa hadir ke sidang pembukaan DUN Terengganu 2023.

Setelah itu, Pengarah JMG Terengganu telah menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh 2022 kepada penerima-penerima berikut:

i. En. Mohammad Amin Abd Aziz

ii. En. Zarir Zawawi

iii. En. Wan Ashri Wan Hussain

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan hari lahir kepada kakitangan yang lahir pada bulan Disember dan Januari. Puan Pengarah telah menyampaikan sumbangan peribadi beliau manakala sumbangan dari KESKET disempurnakan oleh Pengerusi KESKET. Setelah itu, Pengerusi KESKET telah memberi taklimat ringkas berkenaan Sukan JMG 2023 yang dijadualkan pada bulan Februari 2023 di FRIM Kepong. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringan pada pukul 11.00 pagi.

 

Credit kepada En Amin Aziz

LAPORAN PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER

LAPORAN PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER

Laporan Ringkas Perhimpunan Bulan September 2022 JMG Terengganu

 

Unit Geosains, JMG Terengganu telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulan September 2022 JMG Terengganu pada jam 9.00 pagi, hari Khamis, 22 September  2022 di Bilik Kasiterit.

Perhimpunan bulanan dipengerusikan oleh En. Muhammad Zulhanis bin Hassan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh En. Wan Mohd Khalis bin Wan Mohd Tajuddin diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri – Selamat Sultan  serta lagu Perkhidmatan awam dan seterusnya lafaz  ikrar integriti penjawat awam yang diketuai oleh Pn Salehaton binti Sulaiman.

Majlis diteruskan dengan tayangan montaj aktiviti bulan September bagi setiap Unit JMG Terengganu dan diikuti tayangan montaj Program Geoguide Aspiring Kenyir Geopark 2022 dan seterusnya ucapan bulanan Pengarah JMG Terengganu oleh Pn. Habibah binti Tahir yang telah menyampaikan pesanan dari Ibu Pejabat di dalam perutusannya. Selain itu beliau turut menekankan kepentingan saling bekerja sama dalam menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan serta sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas kepada semua  kakitangan JMG Terengganu.

Pengisian perhimpunan bulanan kali ini kemudiannya diteruskan dengan pertandingan kuiz Kahoot sempena sambutan Hari Malaysia 2022. Pertandingan kuiz tersebut telah disertai oleh dua puluh (20) kakitangan sahaja secara atas talian dan telah dimenangi oleh Pn. Noorazlina binti Abdullah, En Zaki bin Alias dan En Wan Ashri bin Wan Husain. Hadiah untuk peserta telah disampaikan oleh Pengarah JMG Terengganu.

Majlis disambung semula selepas berhenti rehat seketika dengan slot Ceramah Kesihatan yang bertajuk Pengurusan Stress Di Tempat Kerja Oleh Dr. Nurakmal binti Samsuddin, Pegawai Perubatan daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu. Selain itu, sesi tersebut turut diisi dengan acara pameran kesihatan dan ujian minda sihat.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan sebelum majlis bersurai untuk jamuan makan tengah hari pada pukul 1.00 petang.

Secara keseluruhannya, Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2022 telah berjaya dijalankan dengan baik dan telah mencapai matlamat yang ditetapkan.

 

Kredit Pn. Salehaton Sulaiaman

PEMANTAUAN CERUN KRITIKAL DAN BERISIKO RUNTUH DAERAH DUNGUN

PEMANTAUAN CERUN KRITIKAL DAN BERISIKO RUNTUH DAERAH DUNGUN
Pegawai Geosains bersama Pembantu Geosains telah melakukan lawatan tapak bagi pemantauan cerun kritikal dan berisiko runtuh di dalam kawasan Majlis Perbandaran Dungun.
 
Terdapat dua (2) lokasi yang berpotensi kritikal dan berisiko runtuh iaitu Taman Seberang Murni, Kg. Seberang Pintasan Dungun dan Kampung Kubang Miang, Mukim Kuala Dungun.
 
Lawatan ini juga turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Dungun pada 13 Oktober 2022 Yang lalu.

PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2022

PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2022

1. Unit Sumber Mineral, JMG Terengganu telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulan Ogos 2022 JMG Terengganu pada jam 2.30 petang, hari Selasa, 30 Ogos 2022 di Bilik Kasiterit.

2. Perhimpunan diacarakan oleh En. Mohammad Amin Abd Aziz dan dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh En. Zamri Ismail. Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Perkhidmatan awam dan kemudiannya En. Sayuthi Rashid telah mengetuai lafaz ikrar integriti penjawat awam.

3. Setelah itu Pengarah JMG Terengganu telah menyampaikan pesanan dari Ibu Pejabat di dalam perutusannya. Selain itu beliau turut menekankan kepentingan kakitangan JMG Terengganu untuk sentiasa memastikan kestabilan emosi dan menerapkan minda positif dalam kehidupan bekerja seharian.

4. Pengisian perhimpunan bulanan kali ini kemudiannya diteruskan dengan pertandingan deklamasi sajak dan nyanyian beramai-ramai lagu patriotik sempena hari kebangsaan ke-65.

5. Pertandingan deklamasi sajak telah disertai oleh tiga orang kakitangan dan telah dimenangi oleh En. Khairul; Anuar dengan sajaknya yang bertajuk Merekah Bumi Merah. Tempat kedua dimenangi oleh En. Mazlan Mohd Zain dengan sajak bertajuk Dilema Melayu dan tempat ketiga menjadi milik En. Hasrulzamani dengan sajaknya yang bertajuk Merdeka!.Hadiah untuk peserta telah disampaikan oleh Pengarah JMG Terengganu.

6. Majlis kemudiannya diteruskan dengan nyanyian beramai-ramai lagu patriotik seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan lain-lain.

7. Setelah itu, Pengerusi KESKET telah menyampaikan sumbangan kepada Pn. Faridah sempena kelahiran cahaya matanya.

8. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringan pada pukul 4.00 petang.

 

Kredit En Muhammad Amin Abd Aziz

LAWATAN KETUA PENGARAH DAN TKP(KEM) KE JMG TERENGGANU

LAWATAN KETUA PENGARAH DAN TKP(KEM) KE JMG TERENGGANU

Bersempena dengan lawatan kerja ke negeri Terengganu pada 28.08.2022, YBrs. Tn Hj Hisamuddin Termidi (Ketua Pengarah JMG) dan YBrs. En. Zamri Ramli (TKP KEM) telah meluangkan masa singgah sebentar di JMG Terengganu untuk berjumpa dengan pihak Pengurusan JMG Terengganu dan mendengar taklimat mengenai potensi REE di negeri Terengganu. Di samping itu, beliau berdua juga berkesempatan membuat lawatan ke tapak bangunan baru pejabat JMG Terengganu.