10 RAMADHAN TERAKHIR

10 RAMADHAN TERAKHIR
20 April 2022 bersamaan 19 Ramadhan 1443- Sempena bulan Ramadhan yang mulia, Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Terengganu (KESKET) pada hari ini telah mengagihkan kurma kepada ahli kelab.
Kita telah mengetahui betapa besarnya pahala puasa Ramadhan. Bayangkan jika kita bisa menambah pahala puasa kita dengan pahala puasa orang lain, maka pahala yang kita raih lebih berlipat lagi. Subhanallah! Dan ini bisa terjadi dengan sedekah, yaitu dengan memberikan hidangan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)

ZIARAH RAMADHAN

ZIARAH RAMADHAN

Tiada yang lama..

tiadalah yang baru..

Ziarah dan Infaq Ramadhan 1443H KEKSKET anjurkan

Semoga semua peroleh keberkatan.

 

Ramadhan hampir berlalu pergi..

Syawal pasti munculkan diri..

Ukhwah terjalin jasa dihargai..

Tanda ingatan kekal abadi..

 

Alhamdulillah, sempena Ramadhan yang mulia ini, KESKET telah mengadakan program Ziarah Ramadhan pada 24 Mei 2022 bersamaan ke rumah2 kakitangan JMG yang telah lama bersara serta kerumah ahli keluarga kakitangan yang keuzurunan.

Selain bertanya khabar berita, mengeratkan ukhwah kakitangan lama dan baru, KESKET turut menyampaikan Infaq Ramadhan yang disumbangkan oleh semua ahli2 tanda mensyukuri nikmat dan berkongsi rezeki sesama insan2 yang memerlukan dan

 

Terima kasih kpd semua ahli semoga kita sentiasa dalam keberkatan dan rahmat Illahi.

 

Ziarah Ramadhan KESKET

En A. Rashad bin Mohamed – Bekas Pembantu Geosains Kanan

Puan Sharifah Jum – Bekas Pembantu Tadbir

En (Pok Mad – Bekas Pekerja Sambilan

Puan Lijah binti Ahmad - Ibu Ahli

Puan Asiahbinti Muhammad - Ibu Ahli

 

kredit kepada AJK KESKET

MESYUARAT PELAKSANAAN PENGURUSAN STATISTIK MINERAL DAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN LAWATAN INDUSTRI DI NEGERI TERENGGANU

MESYUARAT PELAKSANAAN PENGURUSAN STATISTIK MINERAL DAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN LAWATAN INDUSTRI DI NEGERI TERENGGANU

Sempena lawatan industri oleh Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat di Negeri Terengganu, satu mesyuarat telah diadakan pada 24 Mac 2015 di Bilik Kasiterit, JMG Terengganu. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan kemajuan pelaksanaan pengumpulan data statistik mineral, verifikasi data, penyediaan laporan dan hal-hal lain yang berkaitan. Mesyuarat ini juga, adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan baru Cawangan Ekonomi Mineral.

Pada 25 dan 26 Mac 2015, Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat dengan diiringi JMG Terengganu telah membuat satu Lawatan Industri di sekitar Kemaman dan Dungun Terengganu. Antara tempat yang dilawati adalah seperti berikut:

  • Eastern Steel Sdn. Bhd.
  • Unichamp Sdn. Bhd
  • Tioxide (Malaysia) Sdn. Bhd
  • Treasure Mining (Lombong Besi) Sdn. Bhd