LAWATAN KE MAKMAL REE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTP)

LAWATAN KE MAKMAL REE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTP)

IPOH, 17 Januari 2024: Cawangan Perkhidmatan Makmal yang diketuai oleh En. Mohd Zahar Ibrahim telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kemudahan analisis REE di UTP dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan antara kedua-dua agensi.

Lawatan telah disambut oleh Ketua Projek REE UTP, Dr. Dzeti Farhah Mohshim, Dr. Rashidah serta beberapa Pembantu Penyelidik yang lain. Seramai 14 orang peserta lawatan terdiri dari beberapa Pegawai Geosains, Penolong Pegawai Geosains dan Pembantu Geosains telah terlibat di dalam lawatan ini. Lawatan timbalbalas dijangka akan diadakan selepas bulan April akan datang selepas selesai kerja-kerja naiktaraf makmal.