Lawatan Guru-guru Negeri Perak ke Makmal REE JMG

Lawatan Guru-guru Negeri Perak ke Makmal REE JMG

IPOH, 12 Disember 2024:   Makmal REE, JMG Ipoh telah menerima kunjungan guru-guru seluruh Negeri Perak sempena Program STEM Camp di bawah Inisiatif SCITECH4U MOSTI tahun 2024. Mereka telah diberi penerangan oleh En. Mohd Zahar Ibrahim, Pegawai Geosains JMG. Dalam masa yang sama juga, pelajar-pelajar sekolah di bawa ke Makmal Mineralogi dan Petrologi bagi mempelajari teknik mendulang oleh En. Sufi.

Lawatan Ketua Pengarah JMG ke Malaco Mining dan Terra Mineral Laboratory, Gopeng

Lawatan Ketua Pengarah JMG ke Malaco Mining dan Terra Mineral Laboratory, Gopeng

GOPENG, 5 Disember 2024:  Ketua Pengarah JMG, Datuk Zamri Abdul Kadir telah membuat lawatan ke Malaco Mining Sdn. Bhd. bagi meninjau perkembangan kilang pemprosesan Unsur Nadir Bumi (REE) di Gopeng. Turut sama di dalam lawatan ini adalah TKSU MOSTI, Datuk Dr. Nor Azman, SUB NRES, Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Datuk Ir. Ahmad Zukni Ahmad Khalil, Pengarah JMG Perak, Tn. Hj. Nizarulikram Abdul Rahim, Pegawai-pegawai Kanan JMG dan wakil-wakil dari MIDA, Agensi Nuklear Malaysia dan Akademi Sains Malaysia. Datuk Ketua Pengarah juga dibawa melawat ke Makmal Analisis REE milik MB Inc Perak, Terra Mineral Laboratory (TML) di Gopeng, Perak.

Pemasangan Laser Ablation Untuk Analisis REE

Pemasangan Laser Ablation Untuk Analisis REE

IPOH, 18 November 2024: Hari ini telah dijalankan proses pemasangan unit baru Laser Ablation di Makmal REE Ipoh. Alat laser Ablation ini digunakan untuk analisis Unsur Nadir Bumi (REE) di makmal. Jurutera-jurutera dari Perkin Elmer Malaysia dan ESI Singapura sama-sama di dalam melaksanakan proses pemasangan ini. 

Dengan adanya alat ini, bermakna Makmal REE JMG ini maju setapak lagi kehadapan dalam usaha untuk memberikan khidmat terbaik analisis REE kepada agensi kerajaan dan swasta.