Kursus Pemantapan ISMS

Pada tarikh 23-26 JUN 2014 yang lalu, satu kursus pemantapan pemahaman dan pengukuhan pengetahuan mengenai ISMS telah berjaya diadakan. ISMS merupakan pengiktirafan kerajaan kepada jabatan yang telah mematuhi piawaian yang ditetapkan dan ia diperolehi pada tahun lalu. Dengan bilangan peserta 22 orang dari semua cawangan JMG, kursus ini telah berjalan dengan lancar. Antara okjektif kursus ialah

g1

Baca selanjutnya

Bubur Lambuk BPT 1435H

20140703 081747

Amalan gotong-royong dalam aktiviti kebaikan memang diperlukan dalam menjayakan sesuatu pekerjaan. Tambahan pula kita di bulan ramadhan yang berkat ini. Seperti kelaziman, Jawatankuasa Surau BPT telah mengadakan aktiviti memasak dan mengagih bubur lambuk dan pelbagai bubur jenis lain di bulan Ramadhan ini telah berjalan seperti biasa. Dengan pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan, tenaga kepakaran dan kewangan, majlis gotong-royong ini telah berjaya dengan jayanya.

Baca selanjutnya

Kunjungan Eratkan Silaturrahim Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral ke JMG Kelantan

2 Julai 2014 - Terima kasih diucapkan kepada Pengarah dari Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat Mineral dan Geosains Malaysia, Encik Hamadi Che Harun bersama Timbalan Pengarahnya iaitu Encik Kamal Daril yang sudi berkunjung ke Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan di dalam kekangan waktu beliau menghadiri Mesyuarat Pemurnian Laporan Projek Kajian Potensi Bijih Besi Semenanjung Malaysia yang diadakan di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan.  Beliau turut disambut mesra oleh TPGS, TPLK dan Pegawai Geosains JMG Kelantan.

7.2014-lawatan pgh cawangan ekonomi mineral1Dari kiri En. Mohamed Hizam Abdul Kadir (TPLK), En. Kamal Daril (TP Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat), En. Hamadi Che Harun (Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral), En. Che Abdul Rahman Jaafar (Pengarah JMG Kelantan), En. AB Rashid Ahmad (TPGS), Dan En. Mohd Yuzlan Yusoff (Pegawai Mineral Perindustrian)