USAHASAMA KAJIAN PENYELIDIKAN DIANTARA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) DAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL (PPM)

USAHASAMA KAJIAN PENYELIDIKAN DIANTARA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) DAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL (PPM)

13 Januari 2015    - PPM telah dikunjungi oleh seorang Pensyarah dan tiga pelajar dari Pusat pengajian Kejuruteraan Kelautan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).  Tujuan kunjungan mereka untuk mengadakan usaha-sama diantara PPM-UMT bagi menjalankan kajian penyelidikan mengenai kajian tulang lembu, tulang ikan dan kajian habuk. Pensyarah berkenaan, Dr Noor Zaitun Bt Yahya merupakan Penyelia bagi keempat-empat pelajar tersebut.  

UMT telah melantik Dr Hj Ismail Bin Ibrahim yang merupakan Pegawai Penyelidik dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral sebagai Penyelia Lapangan bagi dua orang pelajar Projek Ilmiah Tahun Akhir. Pelajar tersebut adalah Cik Nur Amalina Amyza Bt Azmi dengan kajian beliau bertajuk  ‘Optimum Pores Size of Activated Carbon from Inorganic Biodegradable Waste (Cow Bones) by Activation Process’.  Pelajar kedua, Cik Nur Fatin Afiqah Binti Abdul Khadib dengan kajian beliau bertajuk ‘Optimum Pores Size of Activated Carbon from Inorganic Biodegradable Waste (Fish Bones) by Chemical Activation Process’.  

Baca selanjutnya

Misi Bantuan Bencana Banjir PPM

Misi Bantuan Bencana Banjir PPM

14 Januari 2015 - Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) yang diwakili oleh empat (4) orang ahli KSK telah menyalurkan bantuan bencana banjir di daerah Tumpat, Kelantan. Kawasan tersebut turut mengalami kerosakan yang teruk. Bantuan yang disalurkan merupakan lima puluh dua (52) bungkusan barangan keperluan, wang sagu hati dan pakaian untuk lima puluh dua (52) keluarga. Bungkusan barangan keperluan adalah mengandungi beras, teh, gula, garam halus, biskut, tepung, minyak masak, air mineral, sardin dan lampin pakai buang. Kesemua bantuan tersebut adalah hasil dari sumbangan ahli-ahli KSKPPM, JMG.

Baca selanjutnya

Penghargaan Daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Penghargaan Daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

16 Januari 2015 – Tn. Haji Nasharuddin Bin Isa (Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan) telah di jemput oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,bagi menerima cenderamata penyertaan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak 2014. Pertandingan itu telah disertai oleh Hj.Abd Rahman Bin Abd Aziz , Pegawai Penyelidik di Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan yang telah berlangsung pada bulan Oktober 2014.

Baca selanjutnya

LAWATAN KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB) KE PPM

LAWATAN KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB) KE PPM

PPM, 20 Januari 2015      - Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) telah menerima kunjungan seramai 12 orang Ketua-ketua Jabatan Kumpulan SEMESTA Sdn. Bhd. (KSSB) termasuk Ketua Pegawai Eksekutif YBhg. Dato’ Dr Azimuddin Bahari.

Rombongan ini telah disambut oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral, Tuan Haji Shahar Affendi Abdullah Azizi bersama-sama dengan Ketua-ketua Cawangan di PPM serta pegawai dan kakitangan-kakitangan dari CTBS. Rombongan telah dibawa untuk melihat sendiri bagaimana proses pembuatan produk kaca kristal dilaksanakan.

Baca selanjutnya