Kejadian Tanah Runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, MACC, Kuala Lumpur.

Kejadian Tanah Runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, MACC, Kuala Lumpur.
Kejadian Tanah Runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, MACC, Kuala Lumpur.
🌏 βš’ 🌏
Penerangan 'Geological Ground Model' di kawasan tanah runtuh oleh En. Qalam Azad b. Rosle, Ketua Penolong Pengarah JMG kepada YB Hannah Yeoh, YDH ACP Beh Eng Lai, Ketua Polis Daerah Sentul dan PGKB II M. Fatta b M. Amin, JPBM K.Lumpur di lokasi kejadian tanah runtuh.
Penerangan yang diberikan menjurus kepada pemahaman keadaan geologi dan geomorfologi setempat menggunakan peta tema digital seperti β€œhillshade map” dan peta geologi.
Dengan menggunakan teknologi terkini, informasi geologi dan maklumat saintifik di lapangan boleh dicapai di hujung jari. Perbincangan teknikal boleh sahaja dijalankan di mana jua.

Kejadian Tanah Runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur.

Kejadian Tanah Runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur.
Pihak JMG yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG telah bergegas ke lokasi tanah runtuh di hadapan bangunan Akademi SPRM di Persiaran Tunku Syed Sirajuddin, KL pada petang ini dan telah memulakan siasatan awal tapak runtuhan.
Pemeriksaan tapak runtuhan menunjukkan bahawa kawasan runtuhan merupakan tanah tambakan dengan anggaran keluasan runtuhan 37x50 bersamaan 1850 meter persegi. Ukur lilit runtuhan 172 meter dan anggaran awal isi padu runtuhan 18,500 meterpadu.
Pemerhatian tapak menunjukkan bahawa masih ada pergerakan tanah disebabkan oleh hujan yang berterusan. Pemeriksaan tapak menunjukkan kesan-kesan pergerakan tanah lampau berlaku melalui kesan rekahan jalan berhampiran tapak runtuhan.
JMG bersama pihak Bomba telah membuat penandaan zon bahaya dan zon kawalan bagi tujuan pemantauan agensi tindak balas di lapangan.
JMG telah mula menjalankan siasatan awal bagi mengenalpasti punca kejadian dan mencadangkan langkah kawalan dan mitigasi segera bagi mengurangkan risiko runtuhan tanah susulan berlaku dikoordinasi oleh JMG dan JKR Cerun.
JMG akan menggerakkan pasukan geoforensik bagi menjalankan siasatan di lapangan bersama agensi-agensi teknikal yg lain.

Takbir Raya Aidilfitri 1444H/2023M

Takbir Raya Aidilfitri 1444H/2023M
Takbir Raya Aidilfitri 1444H/2023M
Takbir Aidilfitri bersama barisan Pengurusan Tertinggi dan warga JMG di Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
Takbir nan mendayu dialun bersama,
Bersama bersyukur akan kemenangan,
Syawal kini menjelang tiba,
Salam dihulur bermaaf-maafan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia πŸ’«βœ¨

Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada warga kerja JMG

Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada warga kerja JMG
Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada warga kerja JMG dan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera.
Maaf Zahir dan Batin πŸŒ™
Ucapan tulus ikhlas daripada:
YBrs. Encik Kamaruddan bin Abdullah
Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral)
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.