PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2022 JMG SARAWAK

PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2022 JMG SARAWAK
KUCHING, 25 APRIL 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.30 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa bagi memberkati majlis kali ini. Seperti kebiasaan, agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh pegawai yang  menanggung tugas Pengarah JMG Sarawak iaitu Yang Berusaha Tuan Roslan @ Setebin bin Roslan. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap aktiviti/unit di JMG Sarawak. Beliau turut menekankan konsep keluarga JMG di mana sebagai keluarga, kita harus bekerja sebagai satu pasukan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mencipta suasana kerja yang kondusif dalam JMG Sarawak. Selain itu, beliau juga memberi cadangan agar mana-mana pegawai yang terlibat dengan kursus atau bengkel latihan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang diperoleh secara dalaman kepada warga jabatan. Di samping itu, warga jabatan telah diperkenalkan dengan kehadiran seorang pelajar latihan industri iaitu Cik Nur Syazlin binti Sazali . Seterusnya warga jabatan disajikan dengan tayangan montaj bergambar aktiviti sukan Kelab Mineral dan Geosains Sarawak (KMGS) iaitu KMGS Sport Challenge 2022 (Badminton) sebelum diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang KMGS Sport Challenge 2022 (Badminton) yang telah disempurnakan oleh Encik Roslan@ Setebin bin Rajalli, Menanggung Tugas Pengarah JMG Sarawak. Akhir kata, tahniah diucapkan kepada semua peserta terlibat dan majulah sukan untuk JMG Sarawak.

INFAQ RAMADAN “SEKAMPIT BERAS, SEGUNUNG PAHALA” KEPADA PESARA JMG PERAK

INFAQ RAMADAN “SEKAMPIT BERAS, SEGUNUNG PAHALA” KEPADA PESARA JMG PERAK

29 April 2022 (Jumaat) : Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak melalui Biro Kebajikan telah mengadakan Program Infaq Ramadan “ Sekampit Beras, Segunung Pahala” kepada pesara JMG Perak yang terpilih. Untuk tahun ini seramai 7 orang pesara JMG Perak yang terpilih iaitu En. Roslan Bin Ghani, En. Ruslan Bin Ahmad, Pn. Maimon Binti Samad, En. Sharifuddin, En. Azaudin, En. Mohamad Bin Yaakob dan En. Mohd Ehsan.

Baca selanjutnya

SALAM SYAWAL 1443H DARIPADA WARGA KERJA JMG MALAYSIA, PERAK

SALAM SYAWAL 1443H DARIPADA WARGA KERJA JMG MALAYSIA, PERAK

29 April 2022 (Jumaat) : Kami Warga Kerja JMG Malaysia, Perak ingin mengucapkan Salam Syawal kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada terutamanya kepada warga kerja JMG Semalaysia. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, segala salah dan silap harap diampunkan. Maaf Zahir dan Batin. Kepada warga kerja JMG Malaysia yang pulang berhari raya di kampung, dinasihati supaya rancang perjalanan sebaik-baiknya dan berhati-hati ketika memandu. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui dan dapat berjumpa dengan keluarga yang dirindui.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN