AKTIVITI BKKI JMG SABAH (EDARAN KURMA RAMADHAN) 2022

AKTIVITI BKKI JMG SABAH (EDARAN KURMA RAMADHAN) 2022

KOTA KINABALU, SABAH (05 APRIL 2022) : SELASA, 5 dan 6 April 2022, Badan Kebajikkan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sabah telah membuat edaran kurma buat semua kakitangan warga JMG Sabah.

Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan Biro Wanita BKKI Sabah. Aktiviti seumpama ini dapat lagi memupuk semangat silaturrahim kekeluargaan dan kerjasama.

Bermula daripada pembelian, pembungkusan dan edaran untuk semua kakitangan JMG Sabah tanpa mengira bangsa dan agama.

Tahniah BKKI JMG Sabah.

 

  • Sumber maklumat : FB Rasmi JMG Sabah
  • Sumber foto : Jurufoto JMG Sabah

LAWATAN RASMI YANG BERHORMAT DATUK SERI TAKIYUDDIN

LAWATAN RASMI YANG BERHORMAT DATUK SERI TAKIYUDDIN

KOTA KINABALU, SABAH (01 APRIL 2022) : JUMAAT, Bersamaan hari Jumaat pukul 2.00 petang.

Lawatan Kerja Rasmi Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli ke Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah.

YBM diiringi oleh Setiausaha Bahagian Geosains (Yang Berusaha Encik Nor Azmi bin Ahmad @ Mohamad), Ketua Pengarah JMG Malaysia (Yang Berusaha Tuan Hj. Hisamuddin bin Termidi), Timbalan Ketua Pengarah Korporat dan Ekonomi Mineral (Yang Berusaha Encik Zamri bin Ramli).

Warga JMG Sabah amat mengalu-alukan kedatangan YBM ke JMG Sabah.

Antara tujuan utama YBM melawat ke JMG Sabah adalah melihat pergerakan dan pemantauan sesar aktif di negeri Sabah.

Dalam foto dibawah, Dr. Frederick F Tating (Menanggung Pengarah JMG Sabah) ada memberikan sedikit ringkas berkaitan tanah runtuh yang berlaku di Sabah terutamanya di kawasan daerah Ranau dan Sandakan, Sabah.

Manakala Encik Bailon Golutin memberikan serba sedikit penerangan berkaitan dengan penerimaan data sesar aktif dari dua lokasi yang berpotensi gegaran pergerakan sesar aktif di kawasan Ranau dan Lahad Datu, Sabah.

Data sesar aktif boleh di terima terus dari lokasi kejadian ke Bilik Gerakkan Pemantauan Sesar Aktif, JMG Sabah.

  • Sumber maklumat : FB Rasmi JMG Sabah
  • Sumber foto : Jurufoto JMG Sabah

 

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA

KOTA KINABALU, SABAH (01 APRIL 2022) : JUMAAT, Lawatan kerja Ketua Pengarah JMG Malaysia, Yang Berusaha Tuan Hj. Hisamuddin bin Termidi, diiringi oleh Yang Berusaha Encik Zamri bin Ramli (Timbalan Ketua Pengarah Korporat dan Ekonomi Mineral) ke Bilik Gerakan Pemantauan Sesar Aktif bagi melihat persediaan dan persiapan warga JMG Sabah menyambut kedatangan YBM pada petang ini.

Encik Bailon Golutin memberikan serba sedikit penerangan berkaitan penerimaan data dari lokasi yang berpotensi gegaran pergerakan sesar aktif di kawasan Ranau dan Lahad Datu.

 

  • Sumber maklumat : FB Rasmi JMG Sabah
  • Sumber foto : Jurufoto JMG Sabah

LAWATAN IPG

LAWATAN IPG

6 April 2022 (Rabu)

JMG Kelantan telah menerima sebuah lawatan daripada Institut Pendidikan Guru Kota Bharu,Kelantan dan lawatan tersebut dihadiri seramai 11 orang pelajar IPG.

Program dimulakan dengan taklimat dan ucapan alu-aluan oleh Tuan Timbalan Pengarah (SM),Encik Zaidi bin Daud. Sesi pembentangan pula disampaikan oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat iaitu Cik Ropidah binti Mat Zin. Pelajar-pelajar IPG dibawa melawat sekitar pejabat JMG Kelantan.