MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2022

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2022
Setelah 2 tahun kita tidak mengadakan program Majlis Ramah Tamah Aidilfitri akibat Covid-19, akhirnya pada tahun ini kita diberi kesempatan sekali lagi untuk menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri JMG Sarawak 2022. Ia merupakan program tahunan dalam takwim aktiviti di bawah KMGS. Seramai 94 orang telah menghadiri majlis tersebut. Program Ramah-tamah Aidilfitri 2022 diadakan bukan sahaja untuk menjamu selera dengan pelbagai hidangan, sebaliknya ia adalah platform untuk kita lebih mengeratkan ikatan silaturahim antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. En. Roslan Rajalli (MT Pengarah JMG Sarawak) berharap penganjuran program itu dapat memberi peluang kepada semua warga JMG Sarawak merapatkan ikatan silaturahim sambil menikmati juadah yang disediakan. Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita,” ujarnya ketika berucap Majlis Ramah Aidilfitri. Tambahnya, penganjuran majlis seumpamanya itu juga dapat memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin. Antara pengisian program adalah tiga cabutan bertuah dan pakaian terbaik bagi kategori lelaki dan Wanita. Rezeki telah memihak kepada En. Razuan bin Brahim (tempat ke 3, Pn Rosmah binti Usup (ke 2) dan En Helarry bin Jaubin. Bagi pemenang pakaian terbaik dirangkul oleh En. Japri bin Bujang dan Cik Affidatul

PERHIMPUNAN BULANAN JMG PERAK DAN LAWATAN KERJA TKP (OPS) JMG MALAYSIA, EN MOHD BADZRAN BIN MOHD TAIB.

PERHIMPUNAN BULANAN JMG PERAK DAN LAWATAN KERJA TKP (OPS) JMG MALAYSIA, EN MOHD BADZRAN  BIN MOHD TAIB.

24hb Mei 2022 (Selasa) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.4/2022 dan Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Operasi, En. Mohd Badzran Bin Mat Taib. TKP (OPS) diiringi oleh En. Nizarul Ikhram Bin Abdul Rahim Dan En. Kamarul Baharin daripada JMG Malaysia Ibu Pejabat.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN MEI 2022, MAJLIS PERSARAAN DAN TAKLIMAT BOMBA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN MEI 2022, MAJLIS PERSARAAN DAN TAKLIMAT BOMBA
KUCHING, 26 MEI 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan tiga majlis pada hari yang sama iaitu Majlis Perhimpunan Bulanan, Majlis Persaraan dan Taklimat Bomba secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.30 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Agenda majlis dimulakan dengan ucapan perutusan oleh pegawai yang menanggung tugas (MT) Pengarah JMG Sarawak iaitu Yang Berusaha Tuan Roslan @ Setebin bin Roslan. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap unit/aktiviti di JMG Sarawak. Usai ucapan Encik Roslan, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh MT Pengarah JMG Sarawak kepada En Yusuf Bin Bujang di atas persaraan beliau pada 26 Mei 2022. Warga JMG Malaysia Sarawak amat menghargai jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat selama 37 tahun bersama JMG.   Sejurus tamatnya majlis persaraan, majlis diteruskan lagi dengan Taklimat Keselamatan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Padungan, En Tan Min Chai yang bertajuk `Langkah Pencegahan Kebakaran’. Banyak tips dan pesanan yang  telah disampaikan oleh penceramah yang boleh dijadikan ingatan dan panduan bagi mengelak dan menghadapi kebakaran jika berlaku.   Akhir kata, JMG Sarawak sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En Yusuf Bujang di atas segala sumbangan bakti beliau khususnya kepada JMG Sarawak. Kami doakan semoga beliau berbahagia di samping keluarga tercinta dan akan dikurniakan kesihatan yang baik selepas bersara.