BENGKEL PENYEDIAAN MAKLUMAT PEMBINAAN BANGUNAN MINI KETSA

BENGKEL PENYEDIAAN MAKLUMAT PEMBINAAN BANGUNAN MINI KETSA

RANAU, SABAH (13 JULAI 2020): ISNIN, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG)  telah menghantar beberapa wakil untuk menghadiri satu bengkel penyediaan maklumat bagi pembinaan bangunan mini KeTSA anjuran Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia Sabah (JUPEM).

Latihan yang telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 13 Julai hingga 16 Julai 2020 tersebut telah dihadiri oleh seramai enam orang kakitangan dari JMG Sabah iaitu ChM Dr. Morius Bantas, En. Eddie Afandy, Pn. Rizidah Majawal, Pn. Besty Jenny, En. Arif Tahar dan En. Ruddey John Michael serta wakil-wakil daripada Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia Sabah (JUPEM) dan seorang wakil dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Sabah (JKPTG).

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk sama-sama membincangkan perkara-perkara serta input-input penting yang diperlukan dalam penyediaan maklumat pembinaan bangunan mini KeTSA dan diharapkan dapatan daripada bengkel ini akan dapat menjadi asas dan garis panduan yang kukuh dalam penghasilan kertas kerja yang lengkap bagi pembinaan bangunan mini KeTSA di masa akan datang.

Sumber maklumat, foto, penulisan : En. Ruddey bin John Micheal

 

MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUTHARGA STRUKTUR JMG SABAH

MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUTHARGA STRUKTUR JMG SABAH

RANAU, SABAH (24 JULAI 2020, JUMAAT): Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) telah mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga struktur bangunan JMG Sabah.

Mesyuarat yang telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 24 Julai hingga 26 Julai 2020 ini telah dihadiri seramai enam orang ahli jawatankuasa yang telah dilantik iaitu ChM Dr. Morius Bantas sebagai pengerusi Jawatankuasa, En. Eddie Afandy, Pn. Besty Jenny,En. Arif Tahar, En. Fadli Sulaiman dan En. Ruddey John Michael.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menyediakan dokumen sebutharga bagi projek baik pulih struktur bangunan JMG Sabah.

Sumber maklumat, foto dan penulisan : En. Ruddey bin John Micheal

 

Taklimat Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 (UBD dan UPM) dan Pengurusan Dokumen PPM Tahun 2020

Taklimat Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 (UBD dan UPM) dan Pengurusan Dokumen PPM Tahun 2020

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 23 Julai 2020. Unit Latihan PPM telah mengadakan satu Taklimat Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 dan Pengurusan Dokumen kepada para Pegawai dan Pelaksana MS ISO 9001:2015 PPM tahun 2020. Taklimat tersebut telah diadakan pada 20 Julai 2020, bertempat di Dewan Seminar PPM.

Tujuan taklimat Perkhidmatan ISO itu diadakan adalah untuk memberi pencerahan serta maklumat-maklumat penting dalam pelaksanaan Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 dalam PPM.

Selain itu, para peserta yang hadir adalah terdiri daripada Pengarah Kanan PPM, para Pegawai Penyelidik, serta beberapa orang kakitangan Sokongan 1 dan 2. Para penceramah pula adalah terdiri daripada Pegawai Penyelidik CTBB, iaitu Pn. Siti Noorzidah Binti Mohd Sabri selaku TWP UBD/ Pengurus Teknikal, Pegawai Penyelidik CTPM, iaitu Pn. Roshaida Binti Arbain selaku Pengurus Teknikal CTPM/ Pegawai Dokumen, dan Pegawai Penyelidik CTBS, iaitu En. Mohd Idham Bin Mustaffar selaku Pegawai Dokumen.

Baca selanjutnya

Bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu Anjuran CTBB

Bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu Anjuran CTBB

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 15 Julai 2020. Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) telah berjaya menganjurkan sebuah bengkel, iaitu Pemotongan dan Penggilapan Batu yang diadakan di Blok F, PPM. Para peserta yang terlibat dalam bengkel tersebut adalah terdiri daripada beberapa orang kakitangan Sokongan 2.

Tujuan bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta terhadap ciri-ciri batuan, peranan CTBB dalam PPM, serta teknik pemotongan dan penggilapan batu dengan betul. Para peserta juga diberi peluang untuk merasai pengalaman memotong dan menggilap batu masing-masing menggunakan peralatan makmal yang telah disediakan.

Baca selanjutnya