PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN BIL.7/2019 DAN MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH

PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN BIL.7/2019 DAN MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH

KOTA KINABALU, 31 Julai 2019 (Rabu) : Program Perhimpunan Bulanan Bilangan 7 Tahun 2019 telah diadakan bertempat di Dewan Nephrite, Blok Kinabalu, Tingkat 1, JMG Sabah dengan kehadiran 70 orang kakitangan dari 79 jumlah keseluruhan kakitangan JMG Sabah.  Penyelaras diselaras dari Unit Pengurusan Maklumat. 

Aturcara dimulakan dengan pegawai dan kakitangan mengambil tempat dan ketibaan Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Aktiviti serta ketibaan Yang Berusaha Tuan Pengarah JMG Sabah (En. Mohd Yusop bin Ramli).  Bacaan Doa telah dipimpin oleh En. Ebahrim bin Bedin dan seterusnya nyanyian lagu NegaraKu, Tanah Air Ku & Malaysia Bersih dan diikuti Perutusan Pengarah JMG Sabah. 

Program bersambung terus ke Majlis Persaraan Tuan Pengarah yang dimulakan dengan Montaj Tuan Pengarah sepanjang perkhidmatan beliau.  Seterusnya ucapan penghargaan dan perpisahan daripada Timbalan Pengarah (En. Paulius Godwin @ Paulus), Presiden KEM-G (En. Aidil bin Arnolous Rema) dan Pengerusi BKKI (En. Muhd Umar bin Sarimal).  Beberapa kakitangan juga iaitu Pn. Jayawati Fanilla Sahih binti Montoi (Unit Sumber Mineral), En. Mujahid bin Supilin (Unit Geosains), En. Dharmin bin Muaiyad (Unti Pentadbiran & Kewangan), Dr. Morius Bantas (Unit Makmal) mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terbuka mereka kepada Tuan Pengarah.  Rata-rata meluahkan rasa terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar sepanjang perkhidmatan beliau di JMG Sabah ini, tidak lupa juga pelbagai pengalaman yang ditempuhi bersama-sama sejak mengenali beliau.  Sebagai tanda penghargaan JMG Sabah kepada beliau, kakitangan telah menyediakan pelbagai cenderamata sempena persaraan beliau.  Program dan majlis telah berjalan lancar dan jayanya sehingga jamuan dan bersurai.  

                                 

 

RIANG RIA AIDILFITRI UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH 2019/1440H

RIANG RIA  AIDILFITRI UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH 2019/1440H

KOTA KINABALU, SABAH (02 JULAI 2019): SELASA, Unit Pengurusan Maklumat yang diketuai oleh En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee telah mengadakan satu majlis riang ria aidilfitri yang julung kalinya di unit beliau. Majlis bertempat di Aktiviti IT Data, Tingkat 1, Blok Jesselton, JMG Sabah pada hari Selasa 02 Julai 2019 bersamaan dengan 28 Syawal 1440H. Majlis riang ria adilfitri bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga pukul 3.00 petang.

Baca selanjutnya

RUMAH TERBUKA UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN JMG SABAH

RUMAH TERBUKA UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (01 JULAI 2019): ISNIN, Unit Pentadbiran dan Kewangan JMG Sabah telah mengadakan rumah terbuka unit mereka pada hari Isnin 1 Julai bersamaan  27 Syawal 1440H. Majlis di adakan di pejabat mereka.

Majlis mereka turut dikunjungi daripada unit lain dalam JMG Sabah. Majlis rumah terbuka mereka diketuai oleh CC K Halimah. Pelbagai juadah dihidangkan kepada para tetamu. Majlis ini berjalan dengan lancar.

Sumber maklumat : Penulis

Sumber foto : Pn. Rizidah binti Majawal