MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

Johor Bahru, 28 Februari 2021 โ€“ Buat kali kedua Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran pembukaan pejabat yang terhad kepada beberapa orang sahaja kerana perlaksanaan PKP 2.0. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.

Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Nur Zayana Zahira bt. Shamsuri, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Razman b. Yusop. Selepas itu, Pengarahย JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya kali ini.

Baca selanjutnya

LAWATAN KE TAPAK TANAH KAMPUS JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) DI MESILOU, KUNDASANG, RANAU, SABAH

LAWATAN KE TAPAK TANAH KAMPUS JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM)  DI MESILOU, KUNDASANG, RANAU, SABAH

KUNDASANG (24 FEB 2021) : Satu lawatan tapak telah dijalankan di tapak tanah Kampus Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah di Mesilou, Kundasang, Ranau oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Sabah bersama rombongon JPSM Sabah. Rombongon JMG Sabah adalah diketuai oleh pengarah, Encik Jontih Enggihon yang disertai oleh Ahli Geologi, Encik Bailon Golutin dan dibantu oleh Encik Harry Jenyrius Majin.

Baca selanjutnya