KAMPUS PPM (ICT): KURSUS PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KAMPUS PPM (ICT): KURSUS PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pada 8 November 2016, PPM telah mengadakan kursus IT yang bertajuk Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kursus ini telah dihadiri seramai 15 orang dari kakitangan Sokongan 1 dan 2. Tujuan kursus ini adalah untuk memastikan kakitangan PPM memahami penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Dengan adanya pengetahuan serba sedikit berkaitan ICT, kerja-kerja yang dilakukan menjadi lebih cekap dan mudah.

BENGKEL PENGHASILAN MARMAR SINTETIK

BENGKEL PENGHASILAN MARMAR SINTETIK

Satu bengkel Penghasilan Marmar Sintetik telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Bengkel Penghasilan Marmar Sintetik telah diadakan pada 22 hingga 23 November 2016 di Dewan seminar PPM dan makmal-makmal Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT). Bengkel ini berlangsung selama satu setengah hari dan telah dirasmikan oleh Pengarah PPM,  En. Md Muzayin Bin Alimon. Seramai sebelas (11) orang Pegawai Penyelidik, tiga (3) orang Penolong Pegawai Penyelidik, sembilan (9) orang  Pembantu Penyelidik , tiga (3) orang Pembantu Operasi, lima (5) orang Pembantu Awam dan satu (1) orang Pembantu Am Pejabat  telah menghadiri bengkel ini.

Baca selanjutnya

Lawatan Sambil Belajar Universiti Malaysia Kelantan ke PPM

Lawatan Sambil Belajar Universiti Malaysia Kelantan ke PPM

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah berbesar hati menerima kunjungan seramai 100 orang pelajar dan pensyarah dari Program Sains Bahan, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 22 November 2016 yang lalu. Pada permulaan acara, mereka telah mendengar taklimat di Dewan Seminar mengenai perjalanan organisasi dan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dilaksanakan di PPM yang telah disampaikan oleh En Aminudin bin Mahmud, Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP). Mereka juga turut diberi taklimat berkaitan tugas dan aktiviti penyelidikan di Cawangan Teknologi Bahan Silika (CTBS) dan Cawangan Teknologi Bahan Lempung (CTBL) yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohamad Haniza bin Mahmud dan En. Hamdan bin Yahya. Manakala, Tn Hj Malek bin Selamat telah memberi taklimat dan penjelasan mengenai aktiviti R&D yang dilaksanakan Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT).

Baca selanjutnya

PPM Lepasi Audit Pengawasan SIRIM MS ISO 9001:2008

PPM Lepasi Audit Pengawasan SIRIM MS ISO 9001:2008

Audit Pengawasan (Surveillance Audit) telah dijalankan di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) pada 7 – 8 November 2016. Audit ini telah dilakukan oleh pihak SIRIM melalui auditornya Puan Meena Regawan. Hasil daripada audit ini, PPM sekali lagi berjaya mengekalkan 2 skop pensijilan MS ISO 9001 : 2008 iaitu Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Bijih Timah (UPBT).

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PPM atas kejayaan ini. Semoga PPM terus komited dan cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan bagi kedua-dua skop ini dan bersedia menghadapi urusan migrasi kepada MS ISO 9001:2015 pada tahun hadapan.

Baca selanjutnya

PELANCARAN TELAGA AIR BAWAH TANAH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS JOHOR DI KG GEMBUT, SEDILI, KOTA TINGGI

telaga tiub gembut

Kota Tinggi, 26 Oktober 2016 - Program Pelancaran Sumber Air Bawah Tanah di Kampung Gembut Sedili telah disempurnakan pelancarannya oleh YB ADUN Sedili Tn Hj Rasman bin Hj Ithnain. Hasil kajian oleh Jabatan Mineral dan Geosains Johor menunjukkan bahawa kawasan Kg Gembut mempunyai potensi sumber air bawah tanah yang boleh menampung keperluan air setempat. Turut hadir ialah wakil dari Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), Syarikat Air Johor (SAJ), Guru Besar SK Kg Gembut, Ketua Kampung Kg Gembut dan kampung-kampung sekitar serta penduduk Kg Gembut.

Baca selanjutnya