PROGRAM SEKAMPIT BERAS SEBAKUL MAKANAN 3.0

PROGRAM SEKAMPIT BERAS SEBAKUL MAKANAN 3.0

Johor Bahru, 09 Mei 2021 – Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor pada masa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat) akibat penularan virus Covid- 19 yang menyerang seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan ‘Projek Sekampit Beras 3.0’ yang diilhamkan oleh Yang Dipertua Kelab dan Pengarah JMG Johor Tuan Hj. Kamaruddan b. Abdullah.

Baca selanjutnya

LAWATAN TAPAK SIASATAN GEOBENCANA KEJADIAN KEGAGALAN CERUN DI TAMAN MUZAFFAR HEIGHTS

LAWATAN TAPAK SIASATAN GEOBENCANA KEJADIAN KEGAGALAN CERUN DI TAMAN MUZAFFAR HEIGHTS

AYER KEROH, 18 MEI 2021 - Satu lawatan tapak oleh Pasukan Kumpulan Kerja Tindakan Bencana Geologi JMGNSM telah dilaksanakan susulan daripada aduan kegagalan cerun yang telah berlaku berhampiran dengan sebuah rumah di Taman Muzaffar Heights, Ayer Keroh, Melaka. Aduan tersebut telah dibuat melalui laman rasmi Jabatan Mineral & Geosains Malaysia. Pegawai penyiasat yang bertugas adalah Puan Rosni Lokman dan En Amin Hamdan dari aktiviti Geologi Kejuruteraan.

Sebelum lawatan tapak dimulakan, kajian desktop study telah dilaksanakan bagi mengenalpasti keadaan geologi, topografi, saliran serta lain-lain maklumat keadaan fizikal setempat di lokasi kejadian.

Siasatan tapak yang dijalankan di lokasi kejadian adalah mengambil cerapan lapangan, mengenalpasti punca-punca dan tahap risiko runtuhan. Faktor-faktor seperti litologi, struktur dan kadar luluhawa batuan/tanah diperhatikan di sekitar kawasan kejadian. Sampel batuan turut diambil untuk tujuan analisa dan rujukan. Keadaan struktur dan utiliti yang terdapat berhampiran dengan lokasi kegagalan cerun juga direkodkan kerana ia merupakan aset yang berharga dan perlu diambil perhatian.

Cerapan data di lapangan seperti dimensi serta geometri cerun direkod menggunakan borang proforma. Secara keseluruhan, terdapat beberapa faktor geologi dan faktor lain telah mempengaruhi kestabilan dan menjadi pemangkin kepada kegagalan cerun di kawasan tersebut.  Didapati kawasan tersebut mempunyai kekangan geologi kerana didasari batuan syis yang mempunyai kekuatan lemah, lapisan tanah terluluhawa tinggi, mempunyai cerun yang sangat curam, sistem saliran cerun yang tidak efisyen kerana tidak diselenggara serta faktor hujan lebat sebagai pemangkin kejadian kegagalan cerun berlaku.

Selain itu, temu bual juga dijalankan dengan pengadu serta penduduk yang tinggal paling hampir dengan lokasi kegagalan cerun tersebut bertujuan mendapatkan kronologi kejadian dan maklumat lain bagi melengkapkan siasatan. Di samping itu, penerangan dan khidmat nasihat turut disampaikan oleh Puan Rosni kepada pengadu sepanjang perbincangan bagi menjelaskan tentang faktor-faktor penyebab kegagalan cerun, risiko kepada rumah dan cadangan penyelesaian serta langkah yang dapat dilakukan oleh pengadu bagi mengurangkan kesan dan risiko kegagalan cerun dalam jangka masa pendek.

LAWATAN TAPAK BAGI PRA-RUNDINGAN OSC DI MELAKA TENGAH

LAWATAN TAPAK BAGI PRA-RUNDINGAN OSC DI MELAKA TENGAH

MELAKA TENGAH, 5 MEI 2021 - Satu lawatan tapak telah diadakan oleh Pegawai Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka (JMG NSM) di belakang Klinik Kesihatan Peringgit, Melaka Tengah bersama pihak Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bagi Permohonan Pra rundingan OSC Pembinaan Blok Tambahan Klinik Kesihatan Peringgit, Melaka Tengah, Melaka. Pegawai JMG NSM yang terlibat ialah Puan Siti Faridah binti Yusup (Timbalan Pengarah Sumber Mineral), Puan Norhayati binti Mohd Rawi (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), Puan Rosni binti Lokmannul Hakim (Ketua Aktiviti Kejuruteraan) dan Encik Mohd Amin Khalili bin Hamdan (Pembantu Geosains).

Selepas itu, lawatan tapak diteruskan bagi Permohonan Pra Rundingan OSC yang kedua di Ayer Keroh iaitu bersebelahan dengan Lebuh Raya Ayer Keroh. Pemerhatian, cerapan lapangan dan perbincangan telah diadakan antara pegawai dari kedua-dua pihak jabatan.

Akhir sekali, satu mesyuarat telah diadakan pada sesi petang yang bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Kerja Raya, Daerah Melaka Tengah antara pihak JKR dan JMG NSM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ir. Som Phong Pichan dari Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, JKR serta beberapa orang kakitangan JKR. Pembentangan dokumen Permohonan Pra Rundingan OSC berkaitan telah dijalankan oleh pegawai daripada JKR. Perbincangan berkaitan isu-isu berbangkit dan telah mendapat kata sepakat antara kedua belah pihak dalam penentuan laporan dan kajian yang perlu dijalankan oleh pihak JKR bagi ke dua-dua Cadangan Permohonan OSC yang akan dijalankan.

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PEJABAT JMG KEDAH / PERLIS / PULAU PINANG

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PEJABAT JMG KEDAH / PERLIS / PULAU PINANG

Dimaklumkan bahawa operasi pejabat JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang di Alor Setar, Kedah ditutup bermula tarikh 19 Mei 2021 sehingga 1 Jun.

Penutupan operasi tersebut adalah berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi 28 Mukim di daerah Kota Setar yang telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Talian hotline dibuka semasa tempoh PKPD bagi sebarang pertanyaan, aduan dan khidmat nasihat:

  • Hotline 1: En. Mohd Shafreen b. Md. Isa - 019-476 6671 (Waktu Pejabat)
  • Hotline 2: Cik Anis Nasuha bt Rosli - 013-484 7486 (Waktu Pejabat)

Sebagai alternatif, pejabat JMG Cawangan Perlis di Kangar juga dibuka dan boleh dihubungi di talian 04-970 4793 (Waktu Pejabat)

Terima kasih.