Wawancara Khas Pendakian Gunung Tahan

Wawancara Khas Pendakian Gunung Tahan

IPOH, 20 April 2016:  Tahniah kepada semua peserta XPDC Gunung Tahan. Buat julung-julung kalinya Kelab Sukan Dan Kebajikan telah menganjurkan XPDC Gunung Tahan  yang telah dilaksanakan pada 15 hingga 19 April 2016. XPDC ini telah disertai oleh beberapa ahli KSKBPT diketuai oleh Presiden KSKBPT, En. Abdullah Sulaiman dan Setiausaha Kehormat KSKBPT, En. Fahami Abas serta Pn. Nazilah dan Cik Nur Hasanah. Peserta-peserta lain termasuk beberapa kakitangan JMG Melaka/Negeri Sembilan dan beberapa peserta luar JMG.

Mereka bertolak pada 15 April dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan kembali pada 19 April. 

https://youtu.be/BANtmIk2bXk

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM INDUSTRI KENAF RAKAN RAKYAT (IKRAR)

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM INDUSTRI KENAF RAKAN RAKYAT (IKRAR)

21 Apr 2016    -    Wakil JMG iaitu Dr Rohaya Othman telah hadir ke Majlis Perasmian Program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRaR) di perkampungan Asnaf Batu Bertangkup, Chuping yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis. Turut hadir adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Datuk Adhan Kechik dan Ketua Pengarah LKTN, En. Samsudin Noor.

Baca selanjutnya

Lawatan Teknikal ke Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd

Lawatan Teknikal ke Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd

11 April 2016    -    Satu lawatan ke Vale Minerals Sdn Bhd telah diadakan yang terletak di Teluk Rubiah, Lumut, Perak. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat dan mempelajari dengan lebih dekat operasi Vale Iron Ore Distribution Centre, Lumut atau dikenali sebagai Teluk Rubiah Maritime Terminal (TRMT) untuk dijadikan sebagai panduan bagi penyediaan garispaduan dan SOP operasi pengimportan dan pengeksportan bahan secara pukal terutama untuk bijih bauksit di Kuantan. Lawatan ini diketuai oleh Dr Shamsul Kamal Sulaiman dari Pusat Penyelidikan Mineral. Seramai 13 pegawai mengikuti lawatan ini yang terdiri dari 8 pegawai dari Jabatan Mineral dan Geosains, seorang pegawai dari Lembaga Pelabuhan Kuantan dan 4 pegawai dari Kuantan Port Consortium.

Baca selanjutnya

PELAKSANAAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT TAHUN 2016 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS, NEGERI JOHOR

25 APRIL 2016 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Johor, satu(1) Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) serta Majlis Pengarah-pengarah perpustakaan Awam se-Malaysia (MPAM) telah dilaksanakan di JMG Negeri Johor bagi menyahut seruan mereka.

blog

Baca selanjutnya