MAJLIS PERASMIAN PROGRAM INDUSTRI KENAF RAKAN RAKYAT (IKRAR)

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM INDUSTRI KENAF RAKAN RAKYAT (IKRAR)

21 Apr 2016    -    Wakil JMG iaitu Dr Rohaya Othman telah hadir ke Majlis Perasmian Program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRaR) di perkampungan Asnaf Batu Bertangkup, Chuping yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis. Turut hadir adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Datuk Adhan Kechik dan Ketua Pengarah LKTN, En. Samsudin Noor.


Projek ini merupakan model pembangunan kenaf pertama di negara ini yang meliputi keseluruhan rantaian, bermula daripada penanaman benih sehingga pemasaran produk berkenaan. Hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan, industri ini mempunyai potensi yang cukup luas dan akan memberi manfaat kepada rakyat Perlis, termasuk menyediakan peluang pekerjaan kerana iklim di kawasan utara Perlis ini amat sesuai untuk tanaman kenaf.