SIMPOSIUM INOVASI NRE 2017

SIMPOSIUM INOVASI NRE 2017

Buat julung kalinya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menganjurkan Simposium Inovasi NRE 2017 yang telah diadakan pada 20 – 21 Februari 2017 bertempat di Auditorium, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor. Simposium ini yang bertemakan “Merakyatkan Inovasi NRE” telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Simposium ini terbahagi kepada 2 acara yang dijalankan secara serentak iaitu pembentangan kertas kerja dan pameran inovasi yang telah disertai oleh 12 jabatan dan agensi di bawah NRE. Di antara jabatan dan agensi ini ialah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Institut Penelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Taman Laut Malaysia (JLTM), Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Jabatan Biokeselamatan (JBK). Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah dipilih mewakili Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia untuk membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Penghasilan Kaca Kristal Yang Mesra Alam daripada Pasir Silika Tempatan” dan kertas kerja ini telah disampaikan oleh En. Aminudin bin Mahmud, Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan.

Baca selanjutnya

Program Gotong-royong Khas PPM 2017

Program Gotong-royong Khas PPM 2017

Satu program gotong-royong telah dijalankan pada 16 Februari 2017 (Khamis) di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak. Program ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Gotong-royong Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) yang juga merupakan program tahunan yang dianjurkan PPM. Siri pertama program gotong-royong ini telah dihadiri 37 orang kakitangan termasuk pengarah. Tujuan gotong-royong ini dijalankan adalah untuk memelihara dan mengindahkan SUGA, mewujudkan rasa kecintaan terhadap alam sekitar, mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan dan menyemai sikap tanggungjawab terhadap hartanah kerajaan dan seterusnya aktiviti dan program penyelidikan di SUGA dapat dijalankan dalam persekitaran yang selesa dan selamat. Kawasan SUGA ini juga sangat sesuai dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga.

Baca selanjutnya