22 Februari 2016 - Pengambilan sampel Barit telah dilakukan pada 22 Februari melibatkan PPM, Agensi Nuklear Malaysia dan juga Syarikat Kelstone Sdn. Bhd. (SKSB). SKSB adalah merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kelantan yang bertanggungjawab terhadap aktiviti industri mineral di Kelantan. Sampel barit yang diambil ini adalah bertujuan untuk digunakan dalam penghasilan konkrit berprestasi tinggi yang digunakan sebagai perisai sinaran. Secara umum, barit berasal dari perkataan Greek ‘Barus’ bermaksud berat di mana mineralogi adalah barium sulfat (BaSO4). Ia mempunyai relatif ketumpatan 4.48 g/cm3 dan purata kekerasan skala Mohs adalah 3. Pada masa kini, barit banyak digunakan sebagai media pengerudian dalam eksplorasi minyak dan gas di mana mencapai antara 80-85% penggunaannya.
International Conference of Gobal Network for Innovative Technology 2016 (IGNITE 2016)
27 – 29 Januari 2016 - Pegawai Penyelidik PPM, En Anuar Bin Othman telah membentangkan kertas kerja poster bertajuk “PRODUCING PRECIPITATED CALCIUM CARBONATE BY FLOWING IONIC SOLUTION FROM COLUMN” di The 3rd International Conference of Global Network for Innovative Technology 2016 (IGNITE 2016) yang telah diadakan di Hotel Evergreen Laurel, Pulau Pinang. Konferen ini adalah anjuran bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, USM, Nibong Tebal Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Toyohashi, Jepun.
Bengkel Kerjasama Penggunaan Teknologi Berasaskan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) di antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekiter(NRE) dengan Telekom Malaysia Berhad (TM)
23 Februari 2016 - Satu Bengkel Kerjasama Penggunaan Teknologi Berasaskan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) telah diadakan pada 23hb Februari 2016 di Hotel Everly Putrajaya. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Y Bhg Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor Timbalan Ketua Setiausaha 1, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
JMG JOHOR JUARA PERTANDINGAN BOWLING ANTARA PENYEWA DAN TH SEMPENA ‘MYTENANT’ TAHUN 2016 ZON SELATAN BAHAGIAN PEMASARAN DAN PENYEWAAN
Johor Bahru, 27 Februari 2016 – Bahagian Pemasaran dan Penyewaan (BPP) TH telah mengadakan program MyTenant Zon Selatan tahun 2016 bagi menghargai sokongan dan kesetiaan penyewa-penyewa kepada pengurusan TH. Sehubungan dengan itu Bahagian Pemasaran dan Penyewaan (BPP) TH telah menganjurkan pertandingan bowling antara penyewa dan TH. Pertandingan telah diadakan di Lite Superbowl Jb, Danga City Mall, Johor Bahru, Johor.
Kursus Asas GIS
JMG Perak telah menganjurkan Kursus Asas GIS pada 18-20 hb Januari 2016 yang lalu di Bilik Amber, BPT Ipoh. Peserta adalah terdiri dari kakitangan JMG Malaysia, Perak serta beberapa kakitangan BPT. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada GIS serta teknik-teknik yang boleh digunakan dalam aplikasi ini.