Perjumpaan Bulanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal 2/2015

Perjumpaan Bulanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal 2/2015

IPOH, 26 Februari 2015: Bahagian Perkhidmatan Teknikal, sekali lagi telah mengadakan Majlis Perjumpaan Bulanan bersama Pengarah Bahagian Teknikal, Dr. Kamaludin Bin Hassan.

Pada majlis ini, pengarah telah menyampaikan beberapa isu berkaitan dengan pekeliling-pekeliling terbaru, perlantikan jawatankuasa-jawatankuasa baru di BPT, pertukaran pegawai-pegawai kanan jabatan dan Pembantu Geosains dari dan luar BPT.

Baca selanjutnya

Bengkel Lanjutan GIS JMG NSM

17 - 18 Februari 2015  : Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka (JMG NSM) telah mengadakan bengkel lanjutan GIS di bilik mesyuarat JMG NSM selama dua hari.Pihak Jabatan telah menjemput Tuan Hj Mustafar Bin Hamzah ( Pengarah JMG sabah ) sebagai penceramah bengkel tersebut.

Kerjasama yang menggalakkan diberikan oleh warga JMG NSM.Bengkel tersebut berjalan dengan lancar dan mengikut waktu yang ditetapkan.

Pihak jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat terutamanya kepada penceramah Tuan Hj Mustafar Hamzah kerana berkongsi ilmu dan memberi kepakaran dalam pembuatan peta.Disini juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada pengarah JMG NSM En. Zulkipli Bin Che Kasim kerana meluangkan masa mengikut bengkel tersebut.

Baca selanjutnya