PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 9/2018 ANJURAN UNIT SUMBER MINERAL

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 9/2018 ANJURAN UNIT SUMBER MINERAL

KOTA KINABALU, SABAH (28 SEPTEMBER 2018) : JUMAAT, Seperti bulan-bulan yang sudah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah akan mengadakan satu perhimpunan setiap bulan dan pada kali ini Perhimpunan Bulanan Bil.9/2018 dianjurkan oleh Unit Sumber Mineral, JMG Sabah. Perhimpunan ini diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada 28 September 2018 hari Jumaat jam 830 pagi.

Baca selanjutnya

NATIONAL WATER BALANCE MANAGEMENT SYSTEM (NAWABS)

NATIONAL WATER BALANCE MANAGEMENT SYSTEM (NAWABS)

KOTA KINABALU, SABAH (18 SEPTEMBER 2018) : SELASA, EnviroEquip Sales & Rental (M) Sdn Bhd kerjasama JMG Sabah telah mengadakan satu taklimat berkaitan produk solints bagi kegunaan projek NAWABS. Taklimat ini disampaikan oleh wakil daripada syarikan tersebut. Semua kakitangan Unit Geosains Aktiviti Hidrogeologi terlibat dalam taklimat ringkas ini. Taklimat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu JMG Sabah pada 18 September 2018 hari Selasa jam 2.00 petang.

Baca selanjutnya

The 3rd International Workshop On CCOP-Geoinformation Sharing Infrastructure for East and South Asia (GSi) Project

The 3rd International Workshop On CCOP-Geoinformation Sharing Infrastructure for East and South Asia (GSi) Project

LANGKAWI, KEDAH:  Satu bengkel telah diadakan antara Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) dengan Coordinating Committee For Geoscience Programmes In East and Southeast Asia (CCOP) pada 17-21 September 2018 di Aseania Resort & Spa, Pulau Langkawi, Kedah.

Tujuan utama bengkel diadakan adalah untuk berkongsi maklumat dan kepakaran antara negara maju dan negara-negara ahli CCOP dalam bidang pembangunan sistem perkongsian data geoinformasi mengikut piawaian antarabangsa.

Baca selanjutnya

SEMINAR ON QUARRY OPERATIONAL SAFETY & ENVIRONMENTAL CONTROL MEASURES

GEORGETOWN, PULAU PINANG: Satu seminar berkaitan kuari telah diadakan di Evergreen Laurel Hotel pada 28 Ogos 2018. Seminar tersebut dianjurkan oleh Penang Quarry Association  (PQA) dengan kerjasama Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/ Perlis/ Pulau Pinang dan Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang (PTG).

Seminar tersebut dihadiri oleh wakil-wakil kuari, pegawai-pegawai jabatan yang berkaitan dan orang perseorangan yang terlibat dalam industri pengkuarian. Tujuan utama seminar tersebut diadakan adalah untuk membincangkan tentang isu keselamatan operasi kuari dan persekitaran dan usaha bagaimana untuk mengawal dan mengurus sesebuah kuari agar tidak memganggu persekitaran.

Baca selanjutnya

UJIAN PEPERIKSAAN PEMBEDIL (AMALI) BIL. 1/2018

UJIAN PEPERIKSAAN PEMBEDIL (AMALI) BIL. 1/2018

ALOR SETAR, KEDAH:  Seramai 6 orang calon telah menduduki Ujian Peperiksaan Pembedil (Amali) Bil. 1/2018 yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 30 Julai - 01 Ogos 2018. 3 orang pegawai dari JMG KPP dan 2 pegawai PDRM bertindak sebagai panel penilai bagi ujian tersebut.

Ujian bermula di pejabat JMG KPP di mana setiap calon diminta untuk memberi taklimat berkaitan rekabentuk peletupan yang akan digunakan ditapak peletupan. Seterusnya, pada hari kedua dan ketiga ujian dibuat di kuari BDB Infra di Pendang, Kedah. Setiap calon dikehendaki untuk mengisi sendiri setiap lubang letupan sehingga selesai. 

Baca selanjutnya