PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 9/2018 ANJURAN UNIT SUMBER MINERAL

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 9/2018 ANJURAN UNIT SUMBER MINERAL

KOTA KINABALU, SABAH (28 SEPTEMBER 2018) : JUMAAT, Seperti bulan-bulan yang sudah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah akan mengadakan satu perhimpunan setiap bulan dan pada kali ini Perhimpunan Bulanan Bil.9/2018 dianjurkan oleh Unit Sumber Mineral, JMG Sabah. Perhimpunan ini diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada 28 September 2018 hari Jumaat jam 830 pagi.

Seperti biasa dalam perhimpunan kali ini perutusan pengarah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah) JMG Sabah. Dalam perutusan kali ini TP menyentuh berkaitan penjenamaan semula Timbalan Pengarah kepada 4 unit utama di JMG Sabah yang telah diputuskan dalam mesyuarat pengurusan baru-baru ini. Seramai 4 orang kakitangan juga telah membuat pengucapan awam mereka. Mereka adalah En. Mison Ajum, En. Mazrali Alway, En. Anthony Lee. Dalam perhimpunan kali ini juga ada sesi perkenalkan diri oleh kakitangan baru di JMG Sabah, beliau adalah En. Azizan Anak Juhin (Pegawai Geosains) yang ditempatkan di Unit Sumber Mineral.

Tidak lupa juga bagi meraihkan dan menghargai hari lahir kakitangan JMG Sabah yang lahir pada bulan September. Mereka yang meraihkan hari lahir September adalah Pn. Jenneth Cyril, Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi, En. Mazuan bin Roslan, Cik Helviana Malaya, YM Tengku Zainal Abidin Raja Jaafar dan Richard Clement. Hadiah ditaja oleh KEMG Sabah dan kek ditaja oleh BKKI Sabah. JMG Sabah mengucapkan selamat hari lahir buat mereka semua.

Sumber foto : En. Webster Wong

SMA1

Ucapan Perutusan Pengarah oleh Timbalan Pengarah Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad

SMA2

SMA3

Timbalan Pengarah JMG Sabah Tn. Hj. Abdul Kadir

SMA4

Salam Perkenalan daripada En. Azizan Anak Juhin (Pegawai Geosains)baru melaporkan diri di JMG Sabah

SMA5

Sambutan Hari Lahir Baby September JMG Sabah

 

Written by : Suriani Ramlee