SALAM KEMERDEKAAN DARIPADA JMG SABAH

SALAM KEMERDEKAAN DARIPADA JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (31 OGOS 2021): SELASA, Seluruh warga JMG Sabah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 64 tahun. Semoga negara Malaysia terus menjadi negara yang aman dan damai.

 

Sumber Foto : En. Patrick Gindol  

Sumber Maklumat : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

Sumber Penulisan : Penulis Blog JMG Sabah

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-64

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-64

Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64 kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Marilah kita semua mengucapkan kensyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini serta berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita. Jadilah generasi penerus bangsa yang punya rasa cinta tanah air. Jadikan Malaysia sebuah negara yang maju, makmur dan adil.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2021 JMG JOHOR DAN MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA 2021

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2021 JMG JOHOR DAN MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA 2021

Johor Bahru, 29 Ogos 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2021 JMG Johor dan Majlis Bacaan Yassin sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2021 serta doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan negara serta kesembuhan buat pesakit covid-19 telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0 Fasa 1. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.

Majlis dimulai dengan Program bacaan surah Yassin yang dipengerusikan oleh En. Muhammad Saufee b. Sehat dan bacaan dipimpin oleh En. Yusari b. Basiran. Majlis juga turut disertai oleh semua warga JMG Malaysia. Selepas itu, Majlis diteruskan dengan Perhimpunan Bulanan yang telah dipengerusikan oleh Cik Nur Zayana Zahirah bt. Shamsuri, diikuti dengan bacaan doa dan tazkirah ringkas oleh En. Mohd Razman b. Yusop. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya kali ini.

Baca selanjutnya