MAKLUMAN PENTING : PENUTUPAN UNIT PENTADBIRAN JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (25 OGOS 2021) RABU,
 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi
 
Makluman Penting :
 
Adalah dimaklumkan Unit Pentadbiran JMG Sabah akan ditutup sementara bermula 25 Ogos 2021 hingga 31 Ogos 2021. Unit Pentadbiran JMG Sabah akan dibuka semula pada 01 September 2021. Sebarang urusan rasmi boleh menghubungi Puan Rizidah binti Majawal (PPT) dalam tempoh tersebut.
 
Di maklumkan juga bahawa kerja-kerja sanitasi blok Jesselton akan dijalankan dalam masa terdekat.
 
Sekian, harap maklum.

LATIHAN SECARA MAYA “INDUCTIVELY COUPLED PLASMA – OPTICAL EMISSION SPECTROMETER”

LATIHAN SECARA MAYA “INDUCTIVELY COUPLED PLASMA – OPTICAL EMISSION SPECTROMETER”

11 Ogos 2021 (Rabu) – Beberapa orang pegawai dari Unit Perkhidmatan Makmal, JMG Sarawak telah turut menghadiri kursus secara atas talian; Inductively Coupled Plasma – Optical Emission Spectrometer (ICP – OES) course pada 5 Ogos (Khamis) sehingga 6 Ogos 2021 (Jumaat) melalui platform Microsoft Teams Meeting. Latihan yang dianjurkan oleh Perkin Elmer Sdn. Bhd  bermula seawal 9:00 pagi dan berakhir pada pukul 5:00 petang dan turut disertai oleh semua pegawai geosains (kimiabumi) dari JMG  Kuantan, Sabah dan Ipoh, Perak. Kurus ini telah dikendalikan oleh Puan Elisha Dyee daripada Perkin Elmer Sdn. Bhd.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 08/2021 JMGSELWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 08/2021 JMGSELWP

SELANGOR, Shah Alam, 04 Ogos 2021 - Majlis Perhimpunan Bulanan JMGSWP Bil. 08/2021 telah berlangsung dan dilaksanakan secara dalam talian (online ) sepenuhnya dengan mematuhi SOP Fasa Pertama, Pelan Pemulihan Negara memandangkan negeri Selangor masih  diletakkan di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Majlis perhimpunan dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan diacarakan oleh Cik Khairunnisa bt. Alias, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez b. Rusli serta bacaan lafaz ikrar oleh En. Ghazali b. A. Rahim. Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee b. Che Soh telah menyampaikan perutusan, amanat dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMGSWP yang hadir pada majlis perhimpunan bulanan kali ini. 

MAKLUMAN PENTING : PENUTUPAN PREMIS PEJABAT JMG SABAH SEHARI

KOTA KINABALU, SABAH (01 OGOS 2021) AHAD : 

MAKLUMAN PENTING

PREMIS JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA SABAH AKAN DITUTUP OPERASI SELAMA SEHARI PADA 02 OGOS 2021 BERSAMAAN HARI ISNIN BAGI MEMBERI LALUAN PROSES KERJA-KERJA SANITASI PEJABAT.

PEJABAT AKAN BEROPERASI SEMULA PADA HARI SELASA 03 OGOS 2021. HARAP MAAF ATAS SEGALA KESULITAN.

 

ARAHAN:

PENGARAH JMG SABAH