SALAM MAAL HIJRAH 1443H (2021)

SALAM MAAL HIJRAH 1443H (2021)

Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan "Salam Maal Hijrah 1443H" kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Hijrah itu bukan pelarian, tetapi tuntutan dari Tuhan. Ayuh, sama-sama kita tingkatkan amalan agar hidup sentiasa aman. 

Ucapkan selamat tinggal kepada 1442 Hijrah dan Selamat datang kepada 1443 Hijrah. Semoga tahun baru hijrah ini jauh lebih baik dari tahun sebelumnya.

Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.

LAWATAN PENGARAH JMG SABAH KE PEJABAT SKN

 LAWATAN PENGARAH JMG SABAH KE PEJABAT SKN

KOTA KINABALU, SABAH (17 OGOS 2021): SELASA, Lawatan kehormat dan terakhir Tuan Pengarah JMG Sabah Encik Jontih Enggihon ke pejabat SKN Sabah dan bertemu dengan YB DSP Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Pengarah ditemani oleh tiga orang timbalan beliau iaitu, Encik Webster Wong Vui Chung (Timbalan Pengarah Sumber Mineral), Dr. Frederick F. Ttaing (Timbalan Pengarah Geosains) dan Dr. Morius Bantas (Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal).

Tujuan lawatan beliau adalah ingin memaklumkan bahawa beliau akan bersara pada tarikh 27 Ogos 2021, selain daripada itu adalah membincangkan beberapa isu berkaitan dengan mineral dan geologi di negeri Sabah.

Sumber Foto dan Sumber Maklumat : En. Jontih Enggihon

Sumber Penulisan : Facebook JMG Sabah

LAWATAN PENGARAH JMG SABAH KE PEJABAT SUP

LAWATAN PENGARAH JMG SABAH KE PEJABAT SUP

KOTA KINABALU, SABAH (16 OGOS 2021): ISNIN, Lawatan kehormat dan terakhir Tuan Pengarah JMG Sabah Encik Jontih Enggihon ke pejabat SUP Sabah dan bertemu dengan Ybhg. Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed, Setiausaha Persekutuan Sabah.