Mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua

Mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua
Mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua.
📍Bangunan Perdana Putra, Putrajaya
📆 08 Mei 2023
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri.
Antara perkara yang dibincangkan ialah pembangunan dalam industri mineral negara dari peringkat huluan, pertengahan hingga ke hiliran.
Mesyuarat juga membincangkan isu-isu berkaitan perlombongan yang perlu ditangani segera dan bersetuju agar Dasar Mineral Negara akan dibangunkan dengan segera.
JMG telah membentangkan beberapa kertas pertimbangan dan kertas pemakluman serta memberikan input-input teknikal dalam mesyuarat ini.
Kertas-kertas yang dibentangkan menyentuh mengenai beberapa dasar penting dan operasi berkaitan sektor
mineral iaitu :
▪️ Prosedur operasi standard perlombongan NR-REE di Malaysia
▪️ Penyediaan dan perakuan laporan cadangan penjelajahan oleh ahli professional yang berkelayakan
▪️ Laporan pengauditan projek perintis NR-REE di Negeri Perak
▪️ Cadangan langkah peningkatan pelaburan ke dalam sektor mineral negara
▪️ Hasil penilaian potensi sumber mineral negara dalam Rancangan Malaysia Ke-11
▪️ Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan sektor mineral dan perlombongan.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Menteri-Menteri Persekutuan, Menteri-Menteri Besar, wakil Premier Sarawak dan wakil Menteri-Menteri Besar dan wakil Ketua-Ketua Menteri.
Syabas kepada team JMG dan NRECC !

YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim hari ini telah membuat penyerahan surat kenaikan pangkat kepada YBrs. Encik Zamri bin Ramli atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)

YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim hari ini telah membuat penyerahan surat kenaikan pangkat kepada YBrs. Encik Zamri bin Ramli atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim hari ini telah membuat penyerahan surat kenaikan pangkat kepada YBrs. Encik Zamri bin Ramli atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) yang berkuatkuasa pada 2 Mei 2023.
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Zamri bin Ramli semoga dengan pelantikan ini akan membawa JMG ke tahap yang lebih cemerlang

PELANTIKAN YBRS. ENCIK ZAMRI BIN RAMLI SEBAGAI KETUA PENGARAH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

PELANTIKAN YBRS. ENCIK ZAMRI BIN RAMLI SEBAGAI KETUA PENGARAH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

PELANTIKAN YBRS. ENCIK ZAMRI BIN RAMLI SEBAGAI KETUA PENGARAH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Encik Zamri bin Ramli telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia berkuat kuasa mulai 02 Mei 2023.

Sehubungan dengan itu, warga JMG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengarah JMG yang baharu.

Semoga pelantikan ini akan membawa JMG ke tahap yang lebih tinggi di persada negara dan antarabangsa.

LAWATAN TURUN PADANG MENTERI NRECC, YB TUAN NIK NAZMI NIK AHMAD BESERTA DELEGASI KE KAWASAN REVOLUSI HIJAU, JOHAN SETIA, KLANG, NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

LAWATAN TURUN PADANG MENTERI NRECC, YB TUAN NIK NAZMI NIK AHMAD BESERTA DELEGASI KE KAWASAN REVOLUSI HIJAU, JOHAN  SETIA, KLANG, NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

SELANGOR, KLANG, 07 MEI 2023 - YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah meninjau infrastruktur, kaedah pemantauan dan tindakan dalam Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut oleh Jabatan Alam Sekitar bagi menangani serta mencegah kebakaran di kawasan tanah gambut mudah terbakar di kawasan Johan Setia.

JMG telah memberi taklimat akan telaga air bawah tanah yang dibina bagi membekalkan sumber air dan mengairi kawasan tersebut semasa musim kemarau.

Sebagai rekod dalam program ini, JMG telah membina 3 buah telaga tiub serta 16 buah pizometer di Johan Setia dan jumlah keseluruhan telaga yang telah dibina bagi tujuan ini adalah sejumlah 23 buah telaga tiub di Negeri Selangor.

Telaga BKTW2 yang dilawati ini ialah berkedalaman 126 meter dan mempunyai kadar luahan air sejumlah 15m3/jam. Ia mampu untuk menyediakan sumber air konjunktif semasa musim kemarau di kawasan tersebut bagi membantu mengawal kebakaran tanah gambut yang berlaku hampir setiap tahun.

Antara agensi pelaksana lain yang turut hadir dalam lawatan ini ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pihak Berkuasa Tempatan di Daerah Klang serta Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor.

Syabas kepada pasukan Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan.