14hb Mac 2019 (Khamis) – JMG Perak telah menerima jemputan ke Mesyuarat Agung PUSPANITA JMG. Pn. Roshimah Bt Abdul Rahman dan Pn. Norhazliza Bt Mokhtar telah dipilih sebagai wakil ke Mesyuarat Agung PUSPANITA JMG Kali Ke-19 yang berlangsung pada 14 Mac 2019 di Bilik Mesyuarat Garnet, Aras 8, Menara PjH. Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi PUSPANITA JMG, Datin Hajjah Syahira Binti Mokhtar. Seterusnya mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG merangkap Penasihat PUSPANITA JMG.
PERHIMPUNAN BULANAN DAN MESYUARAT TAHUNAN KELAB KEBAJIKAN & REKREASI (KKR) JMG PERAK
20hb Mac 2019 (Rabu) – Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Mesyuarat Tahunan Kelab Kebajikan & Rekreasi (KKR) JMG Perak telah diadakan di Dewan Granite bermula jam 9.00pagi. Majlis ini diwajibkan kehadiran pada semua warga JMG Perak. Majlis bermula dengan Perhimpunan Bulanan seterusnya bersambung dengan Majlis Mesyuarat Tahunan Kelab Kebajikan & Rekreasi (KKR). Mesyuarat Tahunan Kelab dirasmikan oleh Pengarah JMG Perak, Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil. Pengerusi KKR untuk penggal ini dipegang oleh Ir. Tan Hai Hong.
AKTIVITI SENAM PETANG @ PADANG POLO, IPOH
15hb Mac 2019 (Jumaat) – Satu aktiviti Senam Petang di Padang Polo, Ipoh telah diadakan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak. Aktiviti ini diadakan bagi menggalakan warga JMG Perak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Aktiviti ini bermula pada pukul 3.30 petang sehingga 5.00 petang. Ia dimulakan dengan senaman panaskan badan yang diketuai oleh pelajar praktikal iaitu Cik Sharon Rose dan Cik Umairah Bt Fuaad.
BENGKEL PENGURUSAN MESYUARAT DAN PENULISAN MINIT MESYUARAT
KOTA KINABALU, SABAH (21 MAC 2019) : KHAMIS, Bahagian Latihan, JMG Sabah telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit Mesyuarat selama 3 hari bermula pada 18 Mac 2019 hingga 20 Mac 2019 di Bilik Mesyuarat Utama Nephrite, Tingkat Satu, Blok Kinabalu, JMG Sabah.
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORUNDUM PERSEFAHAMAN BAGI KERJASAMA KAJIAN SUMBER BUKAN KONVENSIONAL GAS METANA ARANG BATU (COAL BED METHANE) DI KAWASAN DARATAN SABAH
KUALA LUMPUR (19 MAC 2019) : SELASA, Satu majlis menandatangai memorundum persefahaman bagi kerjasama kajian sumber di JMG bersama Petronas telah diadakan pada 19 Mac 2019.