MAJLIS PERTUKARAN TUAN PENGARAH JMGKPP

MAJLIS PERTUKARAN TUAN PENGARAH JMGKPP

ALOR SETAR, 27 Januari 2022 - Warga JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang mengucapkan selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu buat Pengarah, En. Abdullah bin Hj. Sulaiman bermula pada 7 Februari 2022.

Berikutan itu, satu Majlis Penghargaan bersempena Pertukaran Tuan Pengarah JMGKPP telah dianjurkan bersekali dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.1/2022 di Bilik Delima JMGKPP.

Dalam Majlis tersebut, Tuan Pengarah menerima ucapan penghargaan dan cenderamata kenangan daripada wakil-wakil unit dan kakitangan JMGKPP. Selain itu, penyerahan nota serah tugas kepada Timbalan Pengarah (Geosains), En. Azizan Ali turut diadakan di mana beliau akan memangku tugas sebagai Pengarah JMGKPP nanti.

Kejohanan Bowling Piala Ketua Pengarah JMG 2020 (8 Januari 2021)

Kejohanan Bowling Piala Ketua Pengarah JMG 2020 (8 Januari 2021)

Penangguhan program ini selama dua (2) tahun disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang mana kes pertama secara rasminya dilaporkan pada 31 Disember 2019 di Wuhan,China yang kemudiannya merebak ke seluruh dunia hingga membawa kepada ‘total lockdown’ di seluruh Malaysia pada 18 Mac 2020.

Akhirnya, pada 8 Januari 2022, Kejohanan Bowling Piala Ketua Pengarah JMG 2020 telah pun berjaya dilaksanakan. Kejohanan ini dilaksanakan setelah majoriti negeri di seluruh negara memasuki Fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu fasa yang membolehkan segala aktiviti sosial dijalankan dengan mematuhi Garis Panduan & Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM.

Kejohanan sulung yang dianjurkan oleh PPM ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Zamri bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) JMG (Korporat dan Ekonomi Mineral) diiringi oleh Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad (PK) serta Ketua-ketua Cawangan PPM. Kemudiannya, pemberian hadiah jemputan kepada YBrs. TKP juga disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nazwin atas kesudian YBrs. TKP hadir bagi merasmikan kejohanan ini.

Kejohanan ini adalah terbuka kepada semua Jabatan, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun. Kejohanan ini telah berlangsung di Ampang Superbowl, Ipoh Parade, Perak dengan kapasiti penuh peserta, sebanyak tiga puluh dua (32) lorong yang boleh menampung sembilan puluh enam (96) peserta pada satu-satu masa. Setiap kumpulan yang mana terdapat tiga (3) peserta.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi kejohanan kali ini;


Johan – FRIM (FRIM B)
Naib Johan – PKNP (BETA)
Ketiga – JPN Perak (STAY UP)
Keempat – JPJ Perak (RTD Perak 1)
Kelima – PDRM (Team COP S)
Hi-Game – Mohd Fadzly bin Mustakim ( MP Manjung A)
Hi-Series – FRIM (FRIM B)

Sesi pemberian hadiah kepada pemenang juga telah disempurnakan oleh YBrs. TKP diiringi oleh YBrs. PK di akhir kejohanan ini.

MISI JMGSWP MEMBANTU MANGSA BANJIR DI TAMAN SRI NANDING, HULU LANGAT, SELANGOR

MISI JMGSWP MEMBANTU MANGSA BANJIR DI TAMAN SRI NANDING, HULU LANGAT, SELANGOR

SELANGOR, 13 Januari 2022 - Misi bantuan disertai dengan kekuatan seramai tujuh (7) orang kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Selangor/Wilayah Persekutuan dan bekerjsama dengan pasukan daripada Volunteer Malaysia @ Volunteer Avengers. Program dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan membersihkan perkarangan luar dan longkang di sekitar Jalan Mutiara 4/1. Proses pembersihan mengambil masa selama empat (4) jam dan pada jam 4.00 petang proses pembersihan dihentikan dan semua peralatan dan fasiliti dibersihkan sebelum pulang. Semua kakitangan yang terlibat tiba di perkarangan pejabat pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh :
Marina binti Mansor
Penolong Pegawai Tadbir

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 01/2022

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 01/2022

SHAH ALAM, 10 Januari 2022 - JMGSWP telah mengadakan majlis perhimpunan bulanan pertama untuk tahun 2022 dan kehadiran warga  jabatan adalah secara fizikal pada kali ini. Majlis diacarakan oleh En. Azira Ramely, bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez Rusli dan ikrar perkhidmatan awam oleh En. Ghazali A Rahim. Pengarah, iaitu yang berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee Che Soh telah menyampaikan amanat sempena tahun 2022 dan susuli dengan sesi suai kenal bersama Pn. Salmiah binti Nawi yang baru bertukar dari Ibu Pejabat JMG ke JMGSWP yang mana beliau akan mengisi jawatan Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Lombong dan Kuari.