LAPORAN PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER

LAPORAN PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER

Laporan Ringkas Perhimpunan Bulan September 2022 JMG Terengganu

 

Unit Geosains, JMG Terengganu telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulan September 2022 JMG Terengganu pada jam 9.00 pagi, hari Khamis, 22 September  2022 di Bilik Kasiterit.

Perhimpunan bulanan dipengerusikan oleh En. Muhammad Zulhanis bin Hassan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh En. Wan Mohd Khalis bin Wan Mohd Tajuddin diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri – Selamat Sultan  serta lagu Perkhidmatan awam dan seterusnya lafaz  ikrar integriti penjawat awam yang diketuai oleh Pn Salehaton binti Sulaiman.

Majlis diteruskan dengan tayangan montaj aktiviti bulan September bagi setiap Unit JMG Terengganu dan diikuti tayangan montaj Program Geoguide Aspiring Kenyir Geopark 2022 dan seterusnya ucapan bulanan Pengarah JMG Terengganu oleh Pn. Habibah binti Tahir yang telah menyampaikan pesanan dari Ibu Pejabat di dalam perutusannya. Selain itu beliau turut menekankan kepentingan saling bekerja sama dalam menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan serta sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas kepada semua  kakitangan JMG Terengganu.

Pengisian perhimpunan bulanan kali ini kemudiannya diteruskan dengan pertandingan kuiz Kahoot sempena sambutan Hari Malaysia 2022. Pertandingan kuiz tersebut telah disertai oleh dua puluh (20) kakitangan sahaja secara atas talian dan telah dimenangi oleh Pn. Noorazlina binti Abdullah, En Zaki bin Alias dan En Wan Ashri bin Wan Husain. Hadiah untuk peserta telah disampaikan oleh Pengarah JMG Terengganu.

Majlis disambung semula selepas berhenti rehat seketika dengan slot Ceramah Kesihatan yang bertajuk Pengurusan Stress Di Tempat Kerja Oleh Dr. Nurakmal binti Samsuddin, Pegawai Perubatan daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu. Selain itu, sesi tersebut turut diisi dengan acara pameran kesihatan dan ujian minda sihat.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan sebelum majlis bersurai untuk jamuan makan tengah hari pada pukul 1.00 petang.

Secara keseluruhannya, Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2022 telah berjaya dijalankan dengan baik dan telah mencapai matlamat yang ditetapkan.

 

Kredit Pn Salehaton Sulaiman

PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER 2022 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK

PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER 2022 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK
KUCHING, 29 SEPTEMBER 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.15 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Aktiviti Mineral Perindustrian. Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Roslan. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap unit/ aktiviti di JMG Sarawak. Beliau turut mengingatkan Ketua Projek agar memastikan segala perbelanjaan telah diselesai sebelum penutupan akaun kerajaan pada 31 Oktober 2022. Selain itu, beliau juga memberi cadangan kepada semua kakitangan JMG Sarawak terutama pegawai projek untuk menyemak kembali Pelan Strategik JMG 2021-2025 bagi memastikan perancangan projek yang bakal dilaksanakan seiring dengan pelan tersebut dan mematuhi garis panduan visi dan misi JMG. Seterusnya di dalam ucapannya belian membangkitkan isu sikap hormat – menghormati di antara kakitangan JMG Sarawak perlu diperkukuhkan dengan lebih jitu. Sebagai contoh, kakitangan yang muda menghormati yang lebih tua dan sebaliknya. Hidup ini perlulah saling hormat-menghormati terutama sekali sesama kakitangan JMG Sarawak. Di acara penutup, warga jabatan telah diperkenalkan dengan  seorang kakitangan  yang baru bertugas iaitu Encik Gill Desmond Anak David  Pemandu Kenderaan H11. Seluruh warga JMG Sarawak mengucapkan selamat datang dan bertugas kepada beliau. Akhir kata, perhimpunan kali telah berjalan dengan lancar dan semua kakitangan telah memberi kerjasama yang baik.

MAJLIS ILMU - KELAS BAHASA MANDARIN

MAJLIS ILMU - KELAS BAHASA MANDARIN

SHAH ALAM - 27 September 2022.   Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan  telah  menganjurkan  majlis ilmu iaitu kelas belajar bertutur dalam Bahasa Mandarin untuk warga jabatan.  Sesi kelas diadakan di bilik Kuarza secara di dalam talian berlangsung  selama dua jam telah memberi manfaat kepada warga JMGSWP dalam mempelajari  penggunaan perkataan dan ayat asas yang mudah untuk berkomunikasi dalam  Bahasa  Mandarin.

AUDIT NAIZIRAN

AUDIT NAIZIRAN

 

14 SEPTEMBER 2022 ( RABU )

Program Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138,telah diadakan di Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan pada 14 September 2022 (Rabu).

Program naziran ini adalah bertujuan untuk memastikan  supaya Jabatan mematuhi peraturan kewangan dan perakaunan semasa.

Pasukan naziran yang hadir ialah Puan Azelina binti Ismail@Hassan (Timbalan Pengarah WA52),Encik Mohd Zaidi bin Yunus        (Akauntan WA44) dan Puan Norfarrahana binti Mat Zin (Penolong Akauntan W29).

Terima kasih diucapkan kepada pihak naziran yang terlibat.