PULAU SONGSONG (YAN), 17 Februari 21018 - JMG KPP berbesar hati dijemput untuk mengiringi Tengku Panglima Besar Kedah, Tunku Intan Safinaz mencemar duli menyertai Ekspedisi Pulau Songsong.
KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT PENGARAH JPSM NEGERI JOHOR
Johor Bahru, 25 Februari 2018 - Baru-baru ini JMG Johor telah membuat lawatan ke Pejabat Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Negeri Johor di Kota Iskandar.
Dalam pertemuan ini, persetujuan telah dicapai antara JMG dan JPSM untuk melaksanakan penggerudian sebuah telaga tiub air tanah seterusnya membangunkannya di Pusat Pengeluaran Spesies Pokok Hutan Ledang (PPSPHL), Tangkak, Johorsecara NBOS.
TM BERMINAT UNTUK BEKERJASAMA MEMBANGUNKAN ASPIRING MERSING GEOPARK
Johor Bahru, 14 Februari 2018 - Wakil TM (Telekom Malaysia) telah berkunjung ke JMG Johor untuk membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan berhubung cadangan pembangunan Mersing Geopark.
KAJIAN GEOFIZIK DI KAMPUNG SAGIL PARIT 2, KOLAM AIR PANAS GERSIK DAN KAMPUNG MELEPANG BUKIT GAMBIR
Muar, 9 Februari 2018 - JMG Johor dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) telah mengadakan kajian geofizik bagi menentukan kawasan bawah tanah dan kawasan yang sesuai untuk dijadikan titik penggerudian. Kajian ini melibatkan tiga kawasan iaitu Kampung Sagil Parit 2, Kolam Air Panas Gersik dan Kampung Melepang Bukit Gambir. Kajian ini bermula pada 16 hingga 30 Januari 2018 dan disambung 9 hingga 13 Februari 2018.
PPM MEMENANGI 3 PINGAT PERAK DALAM MTE 2018
Buat julung kalinya Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia menghantar 3 penyertaan dalam Malaysia Technology Expo 2018 (MTE 2018) yang telah diadakan pada 22 – 24 Februari 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. MTE telah bermula pada tahun 2001 dan MTE 2018 pada tahun ini merupakan acara bagi edisi ke-17. Ekspo ini mempamerkan sebanyak 500 buah pameran dengan tema “Asia’s Inventions and Innovations Marketplace” yang dianjurkan oleh Persatuan Penyelidik Saintis Malaysia (MARS).