MAJLIS KESYUKURAN DAN BACAAN YASSIN

MAJLIS KESYUKURAN DAN BACAAN YASSIN

Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sarawak telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yassin di Bilik Mesyuarat Baiduri pada Jumaat, 2 Februari 2018.

Majlis Kesyukuran ini diadakan bagi meraikan kakitangan Islam (ahli-ahli BKKI) yang telah dinaikan pangkat/gred manakala Majlis Bacaan Yassin merupakan majlis rutin yang diadakan setiap hari Jumaat.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN 1/2018

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN 1/2018

JMG Sarawak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bil. 1/2018 pada 26 Januari 2018 di Bilik Baiduri, Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan; NegaraKu, Sarawak Ibu Pertiwiku, Lagu Perkhidmatan Awam dan Lagu JMG.  Selepas bacaan doa, Encik Sulong Enjop, Ketua Unit Geosains mewakili Pengarah memulakan majlis dengan ucapan tahun baru 2018 dan menyerukan semua warga JMG Sarawak untuk sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan demi kecemerlangan jabatan.    

Baca selanjutnya

TAKLIMAT EIA bagi Kuala Lumpur - Singapore High Speed Rail (HSR) Project di JMG Johor

muka depan eia hsr 2018

Johor Bahru, 30 Januari 2018 - Satu sesi pembentangan laporan Kajian Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar EIA bagi Kuala Lumpur - Singapore High Speed Rail (HSR) Project kepada pihak JMG telah diadakan di JMG Johor. Taklimat ini disampaikan oleh Dr. Wan Zuhairi B. Wan Yaacob, wakil perunding dari UKM Pakarunding Sdn Bhd. Turut hadir dalam sesi ini adalah wakil pemaju MyHSR Corporation Sdn Bhd, perunding Minconsult Sdn Bhd serta wakil JMG dari negeri-negeri yang terlibat seperti Johor, W.P. Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka/ Negeri Sembilan.

Baca selanjutnya

Program Pelihara, Hijau dan Sihat JMG Pahang

Program Pelihara, Hijau dan Sihat JMG Pahang

Oleh : Mohammmad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Pada 31 Januari 2018, JMG Pahang telah menganjurkan Program 'Pelihara, Hijau dan Sihat JMG Pahang’ bersempena Perhimpunan Bulanan Pertama JMG Pahang bagi tahun 2018. Untuk pengisian program tersebut, beberapa aturcara telah disusun dan diatur, antaranya termasuk perhimpunan bulanan kakitangan, taklimat pengarah, acara senamrobik dan program gotong royong menanam pokok di sekitar pejabat JMG Pahang.

Aturcara program bermula pada pukul 9 pagi dengan semua kakitangan berkumpul di perkarangan hadapan tempat letak kereta JMG Pahang. Pengerusi majlis bagi program ini ialah Puan Intan binti Othman. Program dimulakan dengan bacaan doa, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Pahang serta bacaan Ikrar Perkhidmatan oleh En. Muhammad Tarmizi bin Jantan.

PB12018a

Program diteruskan dengan acara senamrobik oleh kakitangan JMG Pahang. Senamrobik ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah En. Din dari Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta turut dibantu oleh empat pengiring beliau. Senamrobik berlangsung selama hampir 45 minit dengan variasi menarik senaman light dance work-out dan light zumba. Walaupun jurulatih bertauliah En Din merupakan pesara kerajaan dan berumur sudah lebih 60 tahun, gerak atur senamrobik yang dikendalikan beliau dan pengiring beliau amat mengkagumkan dan mengujakan kesemua kakitangan JMG Pahang yang masih muda belia. Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan JMG Pahang yang berusaha mengikuti gerak atur senamrobik berkenaan dan diharapkan terus istiqomah melakukan senaman sendiri pada masa akan datang demi memelihara kesihatan.

 

PB12018b

PB12018g

Selepas acara senamrobik, program diteruskan dengan ucapan dan taklimat Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman bin Ab. Majid. Beliau memulakan ucapan beliau dengan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada jurulatih senamrobik En Din dan semua pengiring beliau atas senamrobik yang telah dilaksanakan dengan baik dan berharap ia akan dapat diteruskan dari masa ke semasa pada masa hadapan. Beliau kemudiannya mengucapkan selamat datang kepada kakitangan yang baru bertukar ke JMG Pahang dan kakitangan JMG Pahang yang berjaya dinaikkan pangkat baru-baru ini. Beliau seterusnya menyampaikan beberapa amanat dan pesanan ringkas terbaharu berkaitan perkembangan semasa yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang.

  PB12018f

PB12018c

Aturcara program seterusnya ialah sesi gotong royong penanaman pokok-pokok di sekitar JMG Pahang. Antara pokok-pokok yang dibenarkan untuk ditanam ialah pokok-pokok hiasan, bunga-bungaan dan buah-buahan. Program penanaman pokok secara gotong royong ini merupakan program kali kedua, selepas ia pernah dilaksanakan kali pertama pada tahun 2016 dahulu. Alhamdulillah, halaman tanah JMG Pahang yang luas mengizinkan program gotong royong menanam pokok ini dilaksanakan. Sejumlah lebih 30 pokok telah didermakan dan dibawa oleh kakitangan JMG Pahang untuk perlaksanaan program penanaman pokok ini. Diharapkan pokok-pokok yang ditanam ini akan dapat terus hidup sibur dan membantu menambahkan keceriaan, keindahan dan kerahmatan di JMG Pahang.

PB12018e

PB12018d

Program “Pelihara, Hijau dan Sihat JMG Pahang” sempena Perhimpunan Bulanan Pertama JMG Phang ini tamat dengan majlis makan tengahari dengan menu ‘nasi ayam istimewa’ pada pukul 12.30 tengahari.

Diharapkan program yang dilaksanakan ini dapat sentiasa menambah baik kesepakatan, kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang dan terus menambahkan keceriaann tugasan kakitangan di pejabat secara khususnya.