TAKLIMAT E-PEROLEHAN SEBUTHARGA/TENDER DAN MESYUARAT PENYEDIAAN SPESIFIKASI

TAKLIMAT E-PEROLEHAN SEBUTHARGA/TENDER DAN MESYUARAT PENYEDIAAN SPESIFIKASI

ALOR SETAR, KEDAH (23 JULAI 2018) : ISNIN, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu bengkel berkaitan dengan e-perolehan, sebutharga, tender dan penyediaan spesifikasi kepada kakitangan JMG seluruh negeri. Ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada mereka yang baru dalam memegang jawatan sebagai urusetia sebutharga di JMG. Bengkel ini diadakan di Hotel Jerai, Alor Setar, Kedah selama empat (4) hari bermula pada 23 Julai 2018 dan berakhir pada 26 Julai 2018.

Baca selanjutnya

KAJIAN STRUKTUR TANAH DI KOLAM AIR PANAS SUNGAI GERSIK, MUAR, JOHOR

muka depan kerjalapangan sungai gersik muar 2018

Muar, 4 Julai 2018 - Kerja lapangan telah dijalankan di Kolam Air Panas Sungai Gersik oleh pasukan JMG Johor bertujuan untuk menentukan profil subpermukaan dan melihat keadaan kestabilan tanah di kawasan tersebut. Terdapat 4 lokaliti persampelan dan pencirian lapangan gambut dan tanah lembut  serta 4 lokaliti telah dilakukan ujian kejuruteraan iaitu Mackintosh Probe di sekitar Kolam Air Panas Sungai Gerisik, Muar. Kaedah persampelan gambut dan tanah lembut serta kaedah Mackintosh telah digunakan dalam kajian ini.

Baca selanjutnya

Majlis Ikrar Bebas Rasuah

Majlis Ikrar Bebas Rasuah

Putrajaya, 27 Julai 2018 - Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) JMG telah diadakan di Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains. Sebelum majlis itu diadakan, satu taklimat berkaitan intergriti telah diberikan oleh seorang pegawai daripada SPRM.  Majlis IBR itu dihadiri oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah, Timbalan-Timbalan  Ketua Pengarah, pengarah kanan dan pengarah-pengarah JMG Negeri termasuk Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM. Pada sebelah petang, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan telah diadakan di tempat yang sama.

Baca selanjutnya