TAKLIMAT E-PEROLEHAN SEBUTHARGA/TENDER DAN MESYUARAT PENYEDIAAN SPESIFIKASI

TAKLIMAT E-PEROLEHAN SEBUTHARGA/TENDER DAN MESYUARAT PENYEDIAAN SPESIFIKASI

ALOR SETAR, KEDAH (23 JULAI 2018) : ISNIN, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu bengkel berkaitan dengan e-perolehan, sebutharga, tender dan penyediaan spesifikasi kepada kakitangan JMG seluruh negeri. Ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada mereka yang baru dalam memegang jawatan sebagai urusetia sebutharga di JMG. Bengkel ini diadakan di Hotel Jerai, Alor Setar, Kedah selama empat (4) hari bermula pada 23 Julai 2018 dan berakhir pada 26 Julai 2018.

Seramai sembilan (9) orang kakitangan daripada JMG Sabah telah sama mengahadiri bengkel dan taklimat tersebut. Antara mereka yang hadir bengkel ini bagi mewakili JMG Sabah adalah seperti, En. Morius Bantas, En. Jaineh Lingi, Pn. Jenneth Cyril, Pn. Lim Li Chien, Pn. Carrie Joe, Pn. Margaret Stephen Mozimin, Pn. Mary Chew, En. Patrick Gindol dan Pn. Vianni Vincent.

Sumber maklumat dan foto : Pn. Margaret Stephen Mozimin

EP1

EP2

EP3

EP4

EP5

EP6

EP7

EP8

Pn. Carrie bersama En. Jaineh

EP9

Pn. Margaret bersama En. Patrick

Written by : Suriani Ramlee