Majlis Persaraan Pn. Ramlah Satar

Majlis Persaraan Pn. Ramlah Satar

IPOH, 11 Mei 2015:  Yang datang akan pergi. Warga BPT mengucapkan Selamat Bersara kepada Pn. Ramlah Satar, Pembantu Tadbir Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal.

Satu majlis meraikan persaraan Pn. Ramlah telah diadakan pada 11 Mei 2015, bertempat di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh. Majlis telah dihadiri oleh seramai kira-kira 20 kakitangan BPT.

Kami mendoakan agar Pn. Ramlah sentiasa dalam rahmat Allah sepanjang persaraan beliau.

PPM MEMENANGI PINGAT PERAK DAN GANGSA DALAM ITEX 2015

PPM MEMENANGI PINGAT PERAK DAN GANGSA DALAM ITEX 2015

21 – 23 Mei 2015 - Buat julung kalinya Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) menghantar 2 penyertaan dalam 26th International Invention and Innovation Exhibition (ITEX’15) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Hasil rekacipta daripada Dr. Rohaya dan pasukannya yang bertajuk Papermaking Using Calcium-based Industrial Waste As Filler by in-situ Technique telah mendapat pingat perak manakala hasil rekacipta Dr. Ismail dan pasukannya yang bertajuk Bench Scale Flotation of Feldspar Using Non-Toxic Activator and Mixed Cationic / Anionic Collector telah menerima pingat gangsa. Hasil rekacipta Dr. Ismail ini juga telah mendapat pengiktirafan pencapaian cemerlang dalam kategori “Water Technology” yang telah ditaja oleh Yayasan King Abdul Aziz, Arab Saudi.

Baca selanjutnya

Lawatan Turun Padang PPO

Pada 29 April 2015 yang lalu, Pejabat JMG Kelantan menerima kunjungan rasmi daripada Pengarah Penyelarasan Pelaksanaan Operasi (PPO), Tuan Haji Ab. Halim bin Hamzah sempena lawatan turun padang ke JMG Kelantan. Beliau diiringi oleh Puan Siti Aminah binti Abd. Sarif, Tuan Haji Nurzaidi bin Abdullah dan Encik Samizun bin Said. Program pada hari pertama dimulakan dengan lawatan Pengarah PPO dan rombongan ke tapak telaga air tanah yang dibina di bawah Program Pencegahan Kebakaran & Pengurusan Tanah Gambut Sering Terbakar di kawasan Batu Karang, Pasir Mas. Beliau telah diberi penerangan berhubung keberkesanan dan sumbangan JMG dalam program tersebut. Seterusnya rombongan PPO telah dibawa melawat tapak tanah bangunan baru Pejabat JMG Kelantan yang terletak di Tunjung, Kota Bharu.

Baca selanjutnya