PROGRAM 10 MINIT JOM BACA

PROGRAM 10 MINIT JOM BACA

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit atau Let’s Read Together for 10 Minutes merupakan satu program murni yang pertama kali diadakan dalam sejarah Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Ia merupakan inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk bersama-sama meningkatkan tabiat serta budaya membaca di kalangan masyarakat.

Terinspirasi daripada sambutan ‘Earth Hour” maka program jom baca selama 10 minit dilakukan sebagai langkah inovatif untuk memberi nafas baharu dalam kempen pembacaan.

Baca selanjutnya

Ihya’ Ramadhan 2017

Ihya’ Ramadhan 2017

Pada 7 Jun 2016 (13 Ramadhan 1438H) Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan program Ihya’ Ramadhan di perkarangan PPM.  Seramai seratus enam puluh (160) orang tetamu telah hadir ke majlis sambutan Ihya’ Ramadhan 1438H. Pada kali ini, KSKPPM amat berbesar hati menerima empat puluh (40) orang pelajar-pelajar dari Pusat Jagaan Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda, Tanah Hitam, Chemor, Perak. Pengisian Ihya’ Ramadhan dimulakan dengan iftar, solat Maghrib, penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim beserta sumbangan kepada pihak pengurusan pusat jaan, solat Isyak , solat Terawikh serta witir, tazkirah dan jamuan ringan.

Baca selanjutnya

Bengkel Simposium Penggerudian BPT 2017

Bengkel Simposium Penggerudian BPT 2017

IPOH, 6 Jun 2017:   Bahagian Perkhidmatan Teknikal Jabatan Mineral Dan Geosains telah menganjurkan Bengkel Simposium Penggerudian BPT 2017 pada 6 hingga 8 Jun 2017.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang aplikasi-aplikasi perkhidmatan penggerudian dalam bidang Geosains. Objektif lain ialah sebagai platform untuk membincangkan halatuju dan isu-isu semasa ke arah memperkasakan perkhidmatan geosains khususnya khidmat penggerudian.

Baca selanjutnya