LAWATAN LEMBAGA PEMBANGUNAN TIMAH KE MAKMAL REE

LAWATAN LEMBAGA PEMBANGUNAN TIMAH KE MAKMAL REE

IPOH, 22 Februari 2024: Cawangan Perkhidmatan Makmal telah menerima kunjungan wakil dari Lembaga Perusahaan Timah. Kunjungan rasmi ini bertujuan untuk melihat kemudahan analisis Unsur Nadir Bumi (REE) di JMG. Penerangan telah disampaikan oleh Puan Tamilarasi Ganasan dan En. Noor Akhmar Kamaruddin.

MAJLIS MENANDATANGANI TERMA RUJUKAN (TOR) ANTARA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG) DAN INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA(NAHRIM) BAGI KAJIAN HIDRAULIK NOSRS 3B

MAJLIS MENANDATANGANI TERMA RUJUKAN (TOR) ANTARA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG) DAN INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA(NAHRIM) BAGI KAJIAN HIDRAULIK NOSRS 3B

IPOH, 22 FEBRUARI 2024: Majlis ini merupakan satu langkah positif dalam mengukuhkan hubungan dan kerjasama di antara kedua agensi terlibat iaitu pihak JMG (Unit Geologi Marin) dan pihak NAHRIM (Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi). Majlis ini bertujuan untuk menyelaraskan dan memperjelaskan peranan serta tanggungjawab agensi dalam pelaksanaan projek Kajian Hidraulik bagi Projek Sumber Pasir Laut Negara Fasa 3B.

Baca selanjutnya

ANUGERAH KHAS VISIBILITI MEDIA SOSIAL JMG TAHUN 2023

ANUGERAH KHAS VISIBILITI MEDIA SOSIAL JMG TAHUN 2023

TAHNIAH....! Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG telah berjaya memenangi Tempat Kedua bagi Anugerah Khas Visibiliti Media Sosial JMG bagi tahun 2023. Anugerah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JMG, Dato' Zamri Ramli kepada Pengarah Kanan BPT, Dato' Ahmad Zukni Mohd Khalil. Di dalam Program Perhimpunan Bulanan BPT, 31 Januari 2024, sijil berkenaan telah diserahkan kepada En. Mohd Zahar Ibrahim, selaku pentadbir bagi BPT untuk Facebook dan blog JMG.