Lawatan Delegasi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak
IPOH, 7 Mei 2025: Makmal BPT Ipoh, pada hari ini telah menerima kunjungan Delegasi dari Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Sarawak. Mereka terdiri dari sebelas orang wakil yang diketuai oleh Saudara Lim Beh Wei.
Bengkel Analisis Kandungan Emas
KUANTAN, 6hb. Mei 2025: Bengkel Analisis Kandungan Emas menggunakan kaedah “Fire Assay” telah diadakan di Makmal Geokimia Kuantan selama dua hari bermula 6hb hingga 7hb. Mei 2025. Bengkel ini telah dihadiri oleh 25 orang peserta iaitu 13 orang kakitangan dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) bersama dua orang pelajar latihan industri dan juga 10 orang dari Makmal Geokimia Kuantan. Program ini telah dirasmikan oleh En.Yusril A'mali bin Mohd Yusuf@Hamid, Penolong Pengarah Kanan, Makmal Geokimia Kuantan.
Latihan Penggunaan dan Pengendalian Peralatan Makmal Bagi Pegawai PTG Kelantan
IPOH, 25 April 2025: Satu Latihan Penggunaan dan Pengendalian Peralatan Makmal telah dianjurkan khusus untuk pegawai-pegawai daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan. Latihan bermula pada 21 April dan berakhir pada 25 April 2025. Seramai 9 orang peserta telah mengambil bahagian dalam latihan ini, yang diketuai oleh En. Muhammad Zeinnihaqim.
LATIHAN KALIBRASI PIPET DAN BURET, MAKMAL BPT IPOH
IPOH, 28 Feb. 2025: Hari ini telah diadakan Latihan Kalibrasi Pipet dan Buret di Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh. Tujuan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan terutama kepada kakitangan baru di BPT mengenai teknik kalibrasi pipet dan buret dengan betul menggunakan kaedah yang tepat. Kalibrasi pipet dan buret adalah penting dalam pematuhan makmal berakreditasi ISO untuk memastikan radas telah dikalibrasi sebelum digunakan dalam analisis sampel. Latihan ini merangkumi penerangan dan latihan praktikal kepada semua peserta.
Seramai 15 orang kakitangan makmal telah mengambil bahagian di dalam latihan ini. Penerangan telah disampaikan oleh En. Mohd Fahami bin Abas, Pegawai Geosains C11.
Diharapkan latihan kalibrasi ini dapat memberikan panduan dan kefahaman kepada semua kakitangan makmal yang terlibat.