LAB PENILAIAN SUMBER ARANG BATU DAN COAL BED METHANE

 LAB

Mukah adalah satu bahagian di dalam Sarawak yang sebahagian besar kawasannya menghadap Laut China Selatan. Di sini terletaknya kawasan perlombongan arang batu dan juga pusat janakuasa terbesar di Sarawak. Keistimewaan ini menjadikan Mukah sebagai lokasi terbaik untuk Lab Penilaian Sumber Arang Batu dan Coal Bed Methane (CBM).

Pada 10 April 2017 (Isnin) yang lepas, Unit Sumber Arang Batu JMG Sarawak dengan kerjasama JMG Sabah menganjurkan Lab Penilaian Sumber Arang Batu dan Coal Bed Methane (CBM). Ia dihadiri oleh pegawai-pegawai geosains seluruh negeri dan juga penceramah-penceramah dari dalaman dan jemputan seperti Jabatan Tanah dan Survei, Sarawak, Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak dan Sarawak Coal Resources. Jumlah keseluruhan penyertaan ialah seramai 28 orang pegawai-pegawai JMG dan penceramah jemputan.

Baca selanjutnya

Program Gotong-royong dan Latihan mendulang PPM 2017

Program Gotong-royong dan Latihan mendulang PPM 2017

Satu program gotong-royong dan latihan mendulang telah dijalankan pada 13 April 2017 (Khamis) di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak. Program ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Gotong-royong Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) yang juga merupakan program tahunan yang dianjurkan PPM. Siri kedua program gotong-royong ini telah dihadiri 31 orang kakitangan termasuk pengarah dan ketua-ketua cawangan.

Tujuan gotong-royong ini dijalankan adalah untuk memelihara dan mengindahkan SUGA, mewujudkan rasa kecintaan terhadap alam sekitar, mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan dan menyemai sikap tanggungjawab terhadap tanah kerajaan dan seterusnya aktiviti dan program penyelidikan di SUGA dapat dijalankan dalam persekitaran yang selesa dan selamat. Kawasan SUGA ini juga sangat sesuai dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga.

Baca selanjutnya

TECHNICAL TALK ON “NEW TECHNOLOGIES IN STABILIZING MINE SITES IN AUSTRALIA – EROSION, SEDIMENT AND REHABILITATION"

TECHNICAL TALK ON “NEW TECHNOLOGIES IN STABILIZING MINE SITES IN AUSTRALIA – EROSION, SEDIMENT AND REHABILITATION"

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dengan anjuran bersama Institut Kejuruteraan Galian Malaysia telah mengadakan satu program Syarahan Teknikal yang bertajuk “New Technologies In Stabilizing Mine Sites In Australia – Erosion, Sediment and Rehabilitation” pada 20 April 2017 (hari Khamis) bertempat di Dewan Seminar PPM.

Syarahan ini telah dihadiri oleh 60 orang peserta yang terdiri dari agensi kerajaan dan swasta. Peserta dari agensi kerajaan kebanyakkannya adalah daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains manakala dari agensi swasta pula kebanyakannya dihadiri oleh pengusaha lombong dari seluruh Malaysia. Syarahan tersebut disampaikan oleh Encik Collin Schiller, Pengarah Walshs Seeds Pty Ltd. Australia dan juga Encik Leong Kwok Wing dari CHT Natural Solutions.

Baca selanjutnya

LAWATAN KERJA IHSAN JOHOR KE TELAGA AIR TANAH PULAU BESAR, MERSING, JOHOR

muka depan lawatan ihsan dipulau besar

Mersing, 19 April 2017 - Pertubuhan Ihsan Johor iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2016 atas inisiatif Kerajaan Negeri Johor oleh YAB Menteri Besar telah mengadakan lawatan kerja ke telaga air tanah yang dibangunkan oleh JMG di Pulau Besar, Mersing. Rombongan Ihsan Johor ini telah diketuai sendiri oleh Presiden Pengasasnya YB Hj Suhaimi bin Salleh, manakala pegawai dari JMG ialah En Norhazidi Masrom dan En Mod Aris Md Esa.

Baca selanjutnya