Definisi blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah suatu media online yang kandungannya dipapar mengikut turutan kronologi dalam tertib terbalik di mana maklumat terkini berada di atas. Kandungan blog melibatkan teks, imej, audio/video, dan pautan kepada blog-blog serta laman web lain yang berkaitan.

Blog JMG merupakan sebuah initiatif jabatan dalam menggalakkan penerbitan berita di peringkat bahagian/cawangan bagi tujuan mewujudkan media interaktif maya yang sangat berkesan bagi tujuan menjayakan sesuatu forum perbincangan, menyampaikan idea, pandangan, membuat aduan, mengemukakan komen, cadangan atau penambahbaikan.