SUKAN FUTSAL JMG JOHOR

muka depan futsal JMG 2016

Johor Bahru, 9 Januari 2016 – Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor telah menganjurkan pertandingan futsal dalaman antara unit-unit. Antara unit-unit yang terlibat ialah Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Lombong dan Kuari yang bergabung dengan Unit Pengurusan Maklumat, Unit Sumber Mineral dan Unit Geosains. Pertandingan dijalankan secara liga 1 pusingan dimana, pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai johan.

Baca selanjutnya

LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA KE JMG TERENGGANU

DSC 0213Kuala Terengganu, 18 Januari 2016.  JMG Terengganu telah didatangi oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi yang baru iaitu, Dr. Vijayan A/L V.V Rajan yang turut diiringi oleh Pengarah Pusat Penyelarasan Operasi (PPO) iaitu Tn. Haji Halim b. Hamzah untuk melawat pejabat JMG Terengganu buat pertama kali selepas memegang jawatan tersebut. Lawatan tersebut adalah kali pertama beliau sebelum dan selepas dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) petikan dari ucapan beliau. Warga JMG Terengganu juga bertuah kerana JMG negeri yang pertama di lawati secara rasmi oleh beliau sejak memegang jawatan tersebut beberapa bulan yang lalu.

Dalam ucaptamanya juga beliau berjanji akan cuba membuat beberapa penambahbaikan JMG kearah yang lebih cemerlang dan gemilang. Ini kerana beliau adalah TKP yang paling singkat memegang jawatan ini dan dijangkakan akan bersara pada pertengahan tahun hadapan.

Warga JMG Terengganu juga dapat berdialog secara terus dengan TKP dan mendapat gambaran yang jelas serta info-info terkini tentang perancangan JMG dimasa hadapan. Pertemuan yang singkat ini berakhir dengan jamuan makan tengahari.DSC 0212DSC 0232DSC 0223

 

LAWATAN PENGARAH JMG KELANTAN KE TAPAK TELAGA TIUB JKR KEMUBU, KELANTAN

LAWATAN PENGARAH JMG KELANTAN KE TAPAK TELAGA TIUB JKR KEMUBU, KELANTAN

19 Januari 2016, Pengarah JMG Kelantan (Tuan Haji Nazan Bin Awang) telah turun padang bersama-sama Ketua Unit Geosains (Yusuf B. Bujang), Ketua Unit Pengurusan Maklumat ( Mohamad Yusof B Che Sulaiman), dan dua orang Pembantu Geosains iaitu Shahrilnnizam Samsudin dan Junor Yaacob.

 

Tujuan lawatan ke Loji Rawatan Air adalah untuk mengenalpasti tapak cadangan Telaga Explorasi Air Tanah. Telaga Explorasi digunakan untuk menentukan kedudukan lokasi pembinaan Telaga Tiub bagi membekalkan air ke Loji Rawatan air di Kemubu. Lawatan susulan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Baca selanjutnya

MESYUARAT PENILAIAN DAN COSTING KAWASAN KAJIAN AIRBORNE GEOFIZIK DI WILAYAH ECER

MESYUARAT PENILAIAN DAN COSTING KAWASAN KAJIAN AIRBORNE GEOFIZIK DI WILAYAH ECER

Pada 13 & 14 Januari 2016, telah berlangsungnya Mesyuarat Penilaian Dan Costing Kawasan Kajian Airborne Geofizik Di Wilayah Ecer bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan dengan kehadiran seramai 6 orang ahli iaitu Tn. Hj. Mohd Zukeri Bin Ab.Ghani (Pengerusi; Pengarah JMG Terengganu); Tn. Hj. Mustaffa Bin Hamzah, (Pengarah JMG Sabah); En. John Joseph Jinap, (Pegawai Geosains JMG Kelantan); En. Suhaimizi Bin Yusof, (KUPM JMG Terengganu); En. Zaki Bin Alias, (Pegawai Geosains JMG Pahang) dan En. Mohamed Asri Omar (Pegawai Geosains JMG Kelantan).

Baca selanjutnya