PROGRAM JOM BACA “10 MINIT” 2018

PROGRAM JOM BACA “10 MINIT” 2018

Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh (PPM), 24 April 2018 - Program Jom Baca “10 Minit” telah di diadakan di Perpustakaan Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh sempena Kempen Membaca Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Program ini merupakan salah satu aktiviti utama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Aktiviti murni ini adalah bertujuan membina tabiat membaca dikalangan rakyat Malaysia terutama dikalangan kakitangan kerajaan khususnya Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh (PPM). Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh, Tuan Hj. Md Muzayin B. Alimon iaitu pada pukul 10.45 pagi dan sesi membaca “10 minit” telah dimulakan tepat pada pukul 11.00 pagi seperti yang telah diwar-warkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan semua yang hadir dalam keadaan membaca. Program ini telah berakhir tepat pada pukul 11.10 minit pagi, dan majlis telah berjalan dengan lancar diatas kerjasama semua kakitangan PPM yang hadir.

Baca selanjutnya

BICARA AKRAB – GANGGUAN MISTIK KE ATAS SPRITUAL MANUSIA

BICARA AKRAB – GANGGUAN MISTIK KE ATAS SPRITUAL MANUSIA

23 April 2018 – Pada perhimpunan bulan April, PPM, JMG telah mengadakan program Bicara AKRAB yang disampaikan oleh Dr Ismail Bin Ibrahim. Tajuk bicara AKRAB tersebut adalah Gangguan Mistik ke atas Spritual Manusia.

Objektif utama adalah bagi memberi penerangan berkenaan dengan masalah tingkahlaku dan peribadi individu dikaitkan dengan masalah spiritual.  Kebanyakkan daripada kita masih tidak mengenali punca masalah yang membelenggu kehidupan spiritual. Imam Al Ghazali menekankan aspek penerokaan dalam diri  sehingga mereka dapat mengenal pasti punca masalah yang dihadapi. Sekiranya masalah yang dihadapi oleh seseorang manusia sukar dirawat secara fizikal, umumnya ia dikaitkan dengan masalah dalaman berkaitan saka dan sihir. Oleh yang demikian pendekatan spiritual adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk mengesan masalah serta diikuti dengan rawatannya.

Baca selanjutnya

pameran sempena program perhutanan sosial bersama komuniti setempat

pameran sempena program perhutanan sosial bersama komuniti setempat

Kenaboi, Jelebu, 30 April 2018 - Satu Program Perhutanan Sosial Bersama Komuniti Setempat telah diadakan di Taman Negeri Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai Taman Negeri Kenaboi serta menjalinkan kerjasama bersama komuniti setempat. Kerjasama ini melibatkan pelbagai aktiviti antaranya adalah aktiviti ekopelancongan yang dijangka akan dapat memberi faedah kepada komuniti setempat. 

Baca selanjutnya

Program Taklimat Tatacara Perlaksanaan ePerolehan Baharu (Pembelian Terus/Sebutharga/Kontrak Kementerian) JMG Pahang

Program Taklimat Tatacara Perlaksanaan ePerolehan Baharu (Pembelian Terus/Sebutharga/Kontrak Kementerian) JMG Pahang

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

30 April 2018 – Program Taklimat Tatacara Perlaksanaan ePerolehan Baharu (Pembelian Terus/Sebutharga/Kontrak Kementerian) JMG Pahang telah diadakan di Bilik Gipsum, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Pahang. Program ini dianjurkan oleh JMG Pahang dengan kerjasama Commerce Dot Com (CDC), syarikat yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi membangunkan sistem ePerolehan baharu bagi aplikasi berkaitan kewangan jabatan. Syarikat CDC ini beroperasi dari Cyberjaya dan mempunyai cawangan negeri di Indian Town, ECM Kuantan.

Program taklimat diadakan bagi menerangkan berkenaan tatacara perlaksanaan sistem ePerolehan baharu yang berfungsi secara online, yang merangkumi skop pembelian terus, sebutharga dan tender serta arahan bagi kontrak kewangan terbaharu yang dijadualkan akan diguna pakai sepenuhnya bagi sistem kewangan Perbendaharan Malaysia mulai 1 Julai 2018.

Program taklimat ini telah dihadiri oleh seramai 36 peserta dari JMG Pahang yang terdiri dari Pegawai Geosains, Pembantu Geosains, Penolong Juruukur dan Pembantu Tadbir (Operasi dan Kewangan) yang terlibat dalam tatacara perlaksanaan sistem ePerolehan baharu. Pengarah JMG Pahang, YH Dato’ Ir Azman bin Ab. Majid juga turut hadir sepanjang program ini berlangsung.

P4301784

Program taklimat ini bermula pada pukul 9.45 pagi dengan taklimat dan penerangan dari Puan Nor Farzana Amira binti Shamsuddin, pegawai dari pihak CDC. Puan Nor Farzana antara lain telah memberikan taklimat berkaitan objektif, pengenalan, tatacara, faedah, persediaan keperluan sistem dan cabaran yang dijangka dalam sistem ePerolehan baharu ini.. Puan Nor Farzana turut dibantu oleh dua orang lagi pegawai dari CDC yang turut sama iaitu En. Mohd Hafiz bin Ahmad dan En. Mohd Azam bin Arifin. Beberapa persoalan dan pertanyaan telah dibangkitkan oleh kakitangan JMG Pahang yang hadir dan diberikan penerangan yang sebaiknya dari Puan Nor Farzana dan pasukannya. Taklimat ini berlangsung sehingga pukul 1.00 petang.

P4301783

Dato’ Pengarah JMG Pahang dalam ucapan penangguhan beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak CDC yang telah membentangkan sedikit sebanyak maklumat berguna berkaitan sistem ePerolehan yang baharu ini. Beliau menekankan agar semua kakitangan membiasakan diri berkenaan tatacara baharu untuk sistem ini dan berharap taklimat dan penerangan yang diberikan dapat membuahkan hasil kerja yang positif kepada kakitangan JMG Pahang yang terlibat. Beliau seterusnya menyampaikan cenderahati kepada Puan Nor Farzana, En. Mohd Hafiz dan En. Mohd Azam sebagai tanda terima kasih JMG Pahang kepada pihak CDC.

P4301787

P4301789

P4301790

Program taklimat ini ditangguhkan pada 1.30 petang dengan jamuan makan tengahari. Diharapkan Program Taklimat Tatacara Perlaksanaan ePerolehan Baharu ini telah memberikan maklumat berguna dan bermanfaat kepada kakitangan JMG Pahang yang hadir.

- sekian -