Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bil. 1/2018

Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bil. 1/2018

Alor Setar, 24 April 2018: Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bil. 1/2018 telah di adakan di Hotel Bayview Langkawi pada 11 April 2018. Mesyuarat dihadiri oleh seramai 52 orang wakil dari JMG Malaysia, BMG dan wakil-wakil kerajaan negeri yang terlibat dengan projek geopark. Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai geopark sebagai rangka utama dalam persediaan Rancangan malaysia Ke-11 (RMK-11).

Baca selanjutnya

Pelajar Latihan Industri Melawat Muzium Perlombongan Bijih Timah, Kapal Korek dan SUGA

Pelajar Latihan Industri Melawat Muzium Perlombongan Bijih Timah, Kapal Korek dan SUGA

Pada hari Khamis, 12 April 2018, seramai 3 orang pelajar Diploma Sains daripada UPSI yang sedang menjalani latihan industri di PPM berserta 2 orang pegawai pengiring PPM telah membuat lawatan sambil belajar ke 3 lokasi yang terkait dengan industri perlombongan, iaitu  Muzium Perlombongan Bijih Timah di Kampar, Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 dan SUGA ( Stesen Ujian Galian), Jabatan Mineral dan Geosains. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar  tentang sejarah serta kaedah perlombongan dan peralatan-peralatan yang digunakan dalam industri tersebut.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN TELAGA TIUB DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) KE MASJID AL-HASANAH, bandar baru BANGI

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN TELAGA TIUB DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) KE MASJID AL-HASANAH, bandar baru BANGI

Pada 18 April 2018, Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas kepada Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JMG Malaysia YBhg. Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Aziz. Pengarah JMGSWP Yang Berusaha En. Jontih Enggihon bersama Dato' Haji Abdullah bin Md Din, Nazir Masjid Al-Hasanah telah menandatangan dokumen penyerahan dan disusuli dengan lawatan ke tapak telaga tiub. Majlis diserikan dengan kehadiran wakil-wakil JMG negeri, pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan orang awam.

PENERANGAN PROJEK

Projek pembinaan telaga tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR), Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi merupakan projek yang dilaksanakan di bawah Projek Bekalan Air di Kawasan-kawasan Bermasalah Bekalan Air Bersih, RMKe-11.

Jabatan telah menerima permohonan daripada Masjid Al-Hasanah yang mengalami masalah bekalan air yang tidak dapat menampung keperluan komuniti setempat terutamanya ketika musim kemarau. Sehubungan dengan itu, sebuah telaga tiub telah dibina di sini dengan kedalaman 81 meter di dalam batuan syis, Formasi Kajang dengan luahan sebanyak 5,000 liter/jam. Telaga tiub ini telah dipasang dengan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR). Sistem penapisan ini telah berjaya meningkatkan kualiti air tanah. Antara aspek kualiti air tanah yang berjaya ditingkatkan ialah kandungan unsur besi yang telah dikurangkan daripada 5 ppm ke 0.3 ppm. Warna keperangan air juga telah berubah menjadi jernih. Telaga tiub dan sistem ini telah berjaya menyediakan sumber air bersih yang berterusan dan memberi manfaat kepada qariah masjid dan komuniti setempat.

Baca selanjutnya

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTRAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU.

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTRAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU.

Kuala Terengganu, 24 Mac 2018(Selasa) – Majlis solat hajat dan baca Yassin telah dilaksanakan sempena ulang tahun Keputraan Sultan Terengganu. Majlis ini dianjurkan oleh unit Hal Ehwal Agama Terengganu bertempat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu. Majlis ini dimulakan pada jam 6.30 petang dan berakhir selepas solat isyak. En. Razaidi (KUPM) telah hadir ke majlis berkenaan.

LAWATAN KERJA UNIT LOMBONG DAN KUARI

LAWATAN KERJA UNIT LOMBONG DAN KUARI

Hulu Terengganu, 22 April 2018(Ahad) – Unit L&K telah mengadakan lawatan ke lombong emas PERMINT, Lubuk Mandi, Rusila, Marang, Syarikat Terengganu Kuari SB dan RK Kuari SB di kawasan Ajil, Hulu Terengganu. Lawatan ini merupakan lawatan berkala yang telah dirancang oleh unit L&K setiap tahun.

Blog 51

Muka terowong.  Dimaklumkan kedalaman terkini 150 meter.

Blog 52Sekitar kawasan kerja/muka lombong