TAPAK PROJEK PENGERUDIAN PROJEK AIR TANAH PULAU LANG TENGAH

TAPAK PROJEK PENGERUDIAN PROJEK AIR TANAH PULAU LANG TENGAH

Marang, 5 Mac 2018(Khamis) – Satu lawatan kerja Tuan Pengarah ke Pulau Lang tengah iaitu tapak pengerudian projek pembinaan telaga tiub air tanah dalam batuan keras di Pulau Lang Tengah, di bawah dana RETF-ECER. Projek ini merupakan projek outsource dan kerja-kerja pengerudian telah bermula sejak 4 Mac 2018. Turut sama Pegawai Geosains, En. Norzuhairil b Zubir. Objektif projek ini adalah untuk menyelesaikan masalah air di kawasan ini.


LAWATAN MENINJAU KHAZANAH ALAM SERTA MESYUARAT PENYELARASAN PEMBANGUNAN PRODUK-PRODUK PELANCONGAN DUN BUKIT BESI.

LAWATAN MENINJAU KHAZANAH ALAM SERTA MESYUARAT PENYELARASAN PEMBANGUNAN PRODUK-PRODUK PELANCONGAN DUN BUKIT BESI.

Bukit Besi, 29 Mac 2018(Khamis) – Satu lawatan bersama YB Roslee B Daud (DUN Bukit Besi) ke tapak produk pelancongan yang telah sedia ada bagi meninjau prospek-prospek yang boleh dibangunkan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi menyelaraskan kembali produk-produk pelancongan yang ada dalam kawasan DUN Bukit Besi bagi tujuan pembangunan yang lebih mampan supaya produk-produk yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya. JMG Terengganu diwakili oleh Pegawai Geosains, Cik Azrah Mat Atan dan Pembantu Pegawai Geosains iaitu En. Mohammad Bin Neh.

Presentation38

 

blog 37

 

blog 36

KURSUS KESEDARAN DAN PEMAHAMAN ISO 9001:2015

KURSUS KESEDARAN DAN PEMAHAMAN ISO 9001:2015

SUNGAI PETANI, KEDAH - 30 MAC 2018 (JUMAAT) : Satu Kursus Kesedaran Dan Pemahaman ISO 9001:2015 telah diadakan di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah yang telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang seramai 26 orang yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 Mac 2018 sehingga 01 April 2018.

Baca selanjutnya

MEMASTIKAN TEMPAT KERJA BEBAS DADAH, TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

MEMASTIKAN TEMPAT KERJA BEBAS DADAH, TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

Kuala Terengganu, 28 Mac 2018(Rabu) – Bertepatan dengan matlamat bagi memastikan kakitangan bebas dadah, satu ujian saringan air kencing dijalankan di JMG Terengganu bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu. Selain memberi kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah, ini menunjukkan komitmen jabatan prihatin bagi memastikan semua penjawat awam bebas gejala ini.

 

Blog 35

Kakitangan bergilir-gilir menjalankan ujian saringan air kencing.