PUTRAJAYA (26 FEBRUARI 2019): Pada 26 Februari 2019, satu Majlis Perasmian “CCOP-JMG-BGS Workshop on Urban Geology” telah diadakan di The Everly Putrajaya. Bengkel ini dianjurkan oleh Coordinating Committee Geoscience Programmes in East and Southeast Asia (CCOP) dengan kerjasama JMG dan British Geological Survey (BGS). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG. En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri majlis tersebut.
MAJLIS RASMI PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH JMG SABAH TN. HJ. ABDUL KADIR BIN AHMAD
KOTA KINABALU, SABAH (28 FEBRUARI 2019) : KHAMIS, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah kerjasama Unit Perkhidmatan Makmal, KEMG SABAH dan BKKI SABAH telah menganjurkan majlis Persaraan Timbalan Pengarah JMG Sabah iaitu Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada jam 11.00 pagi ini.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2019 ANJURAN UNIT PERKHIDMATAN MAKMAL
KOTA KINABALU, SABAH (28 FEBRUARI 2019) : KHAMIS, Unit Perkhidmatan Makmal, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah telah menganjurkan majlis Perhimpunan Bulanan bagi bilangan 2 tahun 2019 di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada pagi ini.
MESYUARAT AJK KEM-G BIL. 3/2019
KOTA KINABALU JMG SABAH (22 Februari 2019) : Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan Malam Makan Amal yang akan diadakan pada 22 Mac 2019. Beberapa perkara telah dibincangkan seperti Laporan Perbelanjaan dan Aturcara Majlis. Presiden En. Jaineh Lingi berharap semua ajk dapat menjalankan tugas yang telah ditanggungjawabkan sebelum dan semasa majlis tersebut kelak. Besarlah harapan ajk agar melalui majlis ini dapat menyumbangkan sedikit sumbangan untuk anak-anak yatim yang akan turut hadir menyerikan majlis tersebut nanti.
PROGRAM PENILAIAN KINABALU GEOPARK SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN (DAY 3 : 26/02/2019)
KUNDASANG, SABAH (26 FEBRUARI 2019) : SELASA, Program Penilaian Kinabalu Geopark hari ke-3 bermula dengan lawatan ke Geotapak kerak lautan kuno yang mewakili batuan dasar Borneo Utara yg terletak di Kg. Garas Jalan Ranau-Kota Marudu, penilaian diteruskan di Walai Tobilung Culture Village bagi melihat budaya dan tradisi tempatan masyarakat Dusun Tobilung
PROGRAM PENILAIAN KINABALU GEOPARK SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN (DAY 2 : 25/02/2019)
KUNDASANG, SABAH (25 FEBRUARI 2019) : ISNIN, Program Penilaian Kinabalu Geopark hari ke-2 bermula dari Lembah Permai Kundasang bagi melihat lanskap Pinousuk Gravel dan terus ke Mesilau untuk memerhatikan Endapan Glasier Kelikir yang mengandungi bongkah granit, ultrabasic dan batu pasir.
PROGRAM PENILAIAN KINABALU GEOPARK SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN (DAY 1 : 24/02/2019)
KUNDASANG, SABAH (24 FEBRUARI 2019) : AHAD, Satu Program Penilaian Kinabalu Geopark sebagai Geopark Kebangsaan telah diaadakan dan telah mula dilaksanakan di kawasan Geopark yang merangkumi tiga (3) daerah iaitu di Daerah Ranau, Daerah Kota Marudu dan Daerah Kota Belud bermula pada hari ini.
MESYUARAT EDITOR JABATAN BAGI PENERBITAN LAPORAN TAHUNAN JMG 2018 (AR 2018) PADA 25 FEBRUARI – 1 MAC 2019
SANDAKAN, SABAH : Satu mesyuarat telah diadakan di Sandakan Hotel, Sandakan bagi tujuan menyemak dan edit laporan untuk penerbitan laporan tahunan JMG Malaysia 2018 yang dipengerusikan oleh En. Mohd. Zulkiflee Che Soh. Seramai 24 kakitangan dari seluruh JMG Cawangan dan Ibupejabat telah terlibat menjayakan mesyuarat tersebut. Mesyuarat telah diurusetiakan gabungan dari Ibupejabat dan JMG Sabah.
TAKLIMAT AUDITAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (28 FEBRUARI 2019) : KHAMIS, Satu taklimat daripada pasukan audit JMG Ibupejabat sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah pada petang ini 28 Februari 2019 jam 2.30 petang.
MESYUARAT PENYEDIAAN KERTA KERJA KELULUSAN ICT UNTUK SISTEM PEMANTAUAN PERGERAKAN GARIS-GARIS SESAR MENGGUNAKAN GNSS BIL 1/2019
KOTA KINABALU JMG SABAH (20 Februari 2019, Rabu) : Satu mesyuarat telah diadakan bagi tujuan memberi maklumat dan penerangan mengenai tatacara kelulusan ICT untuk projek yang sedang atau akan dijalankan kelak. Keperluan ini adalah untuk mendapatkan kelulusan ICT bagi mana-mana projek yang melibatkan perolehan aset ICT seperti komputer riba, server, perisian GNSS khususnya dan penyediaan rangkaian bagi menyokong projek tersebut. Mesyuarat dihadiri oleh En. Frederick Francis Tating (Pengerusi), En. Eddie Affandy Mohd. Yusslee (KUPM), En. Bailon bin Golutin, En. Arthur Clement Makulim, En. Goh Khean Seong, Pn. Normi Adok, Pn. Besty J. Adim dan Pn. Lena Anggie (Setiausaha). Mesyuarat ini adalah susulan daripada Mesyuarat Pengurusan Maklumat JMG Bil 1/2019 yang telah diadakan di Hotel Merdeka Palace Kuching, Sarawak dari 11 hingga 15 Februari 2019