Lawatan Kastam DiRaja Johor

Lawatan Kastam DiRaja Johor

IPOH, 18 Januari 2019:  Pada hari ini telah diadakan perbincangan antara Cawangan Perkhidmatan Makmal dengan Kastam DiRaja Johor. Perbincangan bertujuan melihat kerjasama analisis terutama sampel pasir bagi sampel-sampel Kastam. Mereka juga dibawa melawat kemudahan analisis di makmal.

Hari Keluarga KSKBPT

Hari Keluarga KSKBPT

IPOH, 26 Januari 2019:  Pada hari ini, Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Aktiviti Hari Keluarga bertempat di Lost World Of Tambun, Ipoh. Aktiviti kali ini merupakan yang terbesar yang pernah dilaksaksanakan sejak penubuhan kelab.

Aktiviti Hari Keluarga kali ini dirasmikan oleh Pengarah Kanan BPT, Dato' Mohd Za'im Abdul Wahab. Antara aturcara yang dijalankan termasuk senamrobik, taklimat keselamatan, lawatan ke Needle Rock, sukaneka dan disudahi dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah sukaneka.

Baca selanjutnya

Konsert Diraja

Konsert Diraja

ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR, 9 FEBRUARI 2019 - Satu Konsert Diraja sempena Pemerintahan Ke-10 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert itu dihadiri oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus diiringi oleh YAM Putera Yang Empat, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan tetamu-tetamu kenamaan. En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri konsert tersebut.

Baca selanjutnya

Bengkel Pengurusan Tatatertib dan Integriti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Bengkel Pengurusan Tatatertib dan Integriti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

SEREMBAN, 7-10 FEBRUARI 2019 : Satu Bengkel Pengurusan Tatatertib dan Integriti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah diadakan di Palm Seremban Hotel, Seremban, Negeri Sembilan. Bengkel itu dianjurkan oleh Unit Integriti dan Unit Pembangunan Sumber Manusia JMG dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG Malaysia. Objektif bengkel ini ialah:

  • Memberi pemahaman berkaitan pengurusan tatatertib kepada Ahli Lembaga Tatatertib I dan II JMG
  • Memberi pendedahan kepada Ahli Lembaga Tatatertib I dan II tentang cara menjalankan siasatan dan meyediakan laporan kes-kes yang melibatkan tatatertib
  • mberi pendedahan kepada pegawai peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dan melahirkan pegawai yang kompeten dalam pengurusan tatatertib

Penceramah daripada JPA dan SPRM Negeri Sembilan telah memberi ceramah dan perkongsian dalam bengkel tersebut. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM bersama dengan Puan Siti Faridah binti Yusup (TPGS, JMG NSM) dan Encik Azizan Ali (TPSM, JMG NSM) turut hadir dalam bengkel tersebut.