IPOH, 20 Julai 2016: Pada hari ini Bahagian Perkhidmatan Teknikal dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menganjurkan Jamuan Hari Raya bersama sama dengan persaraan kakitangan BPT bagi tahun 2016.
Geopark Jerai Aspirasi JMG
YAN, 23 Julai - Penganjuran Karnival Promosi Cadangan Geopark Jerai yang berlangsung di Geotapak Titi Hayun, Yan Kedah baru-baru inimembuktikan kesungguhan pihak kerajaan khususnya Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) melalui JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang (JMGKPP) dalam menjadikan Geopark Jerai satu realiti.
Gotong royong bakar lemang JMG Pahang 2016
JMG Pahang, 20 Julai 2016 - Majlis sambutan aidilfitri peringkat JMG Pahang 2016 telah dimeriahkan dengan aktiviti gotong royong membakar lemang oleh kakitangan JMG Pahang. En. Abu Bakar Ahmad Osman atau lebih mesra dikenali sebagai Pok Bakar menjadi pakar rujuk untuk proses membakar lemang. Bekalan buluh lemang diperolehi dari sekitar sungai-sungai di Sg Lembing dan dibawa ke pejabat untuk kerja-kerja pemotongan buluh kepada saiz yang sesuai.
Dalam penyediaan lemang versi negeri Pahang, daun pokok lerek digunakan sebagai alas dalam buluh. Daun lerek dipotong mengikut saiz yang bersesuaian dengan setiap batang buluh. Beras pulut diisi ke dalam buluh lemang sehingga kira-kira 80 peratus dari panjang buluh. Kemudian santan dimasukkan sehingga melepasi sedikit dari paras atas beras pulut.
Lemang dibakar menggunakan api sederhana yang dikawal sentiasa. Santan dimasukkan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan pulut menjadi kering. Batang lemang juga sentiasa dipusing untuk memastikan pembakaran lemang yang sekata. Proses pembakaran memakan masa kira-kira 4 jam. Lemang diagihkan kepada semua kakitangan dan dihidangkan semasa majlis aidilfitri JMG Pahang 2016. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat